CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2785|Reply: 10

TOLONG AKU. AKU BUNTU!!!

[Copy link]
Post time 16-4-2013 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Tahun depan anak aku nak masuk sekolah darjah 1. Anak aku ni mertua aku yg jage time aku ngan husben pergi keje. Kat umah mertua aku ni ade 2 skola rendah, satu ni sekolah kebangsaan biasa n satu lagi sk methodist. SK Methodist ni top sbb kiranya skola ni lagi bagus dari yang lagi satu. Masalahnya, mak mertua aku sibok suruh aku masukkan anak aku kat skola sk biase ni, aku nakla anak aku masuk sekolah yg bagus. Lagipun, jarak kedua-dua sekolah pon lebih kurang je dari rumah mertua aku tu. Alasan mak mertua aku sebab cucu die yg tua memang dah skola kat situ, so senangla kat pak mertua aku hantar semua kat 1 tempat je. Aku cakap naikkan bas sekolah jela, kat area tu pun aku tengok byk je bas n van sekolah. Die cakap susah plak naik van sekolah tu. Habis tu, kalau parents yg memang tak de org tua untuk anta anak-anak diorg, dah tentu diorg kene naikkan bas sekolah jugak. Sekolah tu pun dalam kawasan tu je, takdela sampai nak melintas jalan besar ke ape. Pastu die siap cakap kat aku kalau nak pandai sekolah kat mana-mana pon same.

Aku tak nafikan statement tu betul tapi persekitaran yang baik, cikgu yg bagus, dengan saingan yang tinggi pun menyumbang kepada kejayaan seseorang tu. Habis tu, buat pelah org berlumba-lumba untuk sekolahkan anak-anak diorg kat sekolah MRSM, SBPA, SMAP.. bagi aku faktor guru-guru yang paling memberi kesan. Aku ni takdela pandai sangat, tapi aku pernah merase belajar kt sekolah yg tak berape bagus. Aku sangat frust ngan BI aku sebab since darjah 3 cikgu tu ajar ntah ape ape ntah. Time darjah 6 baru aku dapat cikgu yg bagus, dari situ baru aku dapat improve aku punya English and dapatlah score sikit dalam UPSR. Sama juga dengan subjek Matematik, cikgu aku memang garang giler, semua orang takut bila belajar dengan dia, tapi sebab dialah aku score dalam Matematik and sampai sekarang Matematik memang sebati dalam diri aku.

Sekolah menengah aku belajar di sekolah SMKA. Standard skolah ni up sikit daripada sekolah menengah biasa. Saingan pun boleh tahan juga, 3 tahun kat sana aku asyik duk dalam kelas ranking no.2 je, tak pernah pun masuk kelas no.1. Form 4 aku masuk Teknik Ipoh, Persiaran Brash. Aku amek kos perdagangan. Macam biasalah, kena amek sebjek perakaunan. Time tu memang zero, tak tau langsung accounting. Sebabkan cikgu Lela yang selalu buatkan aku kecut perut and terkejut, aku jadi suka kat accounting. Cara-cara cikgu-cikgu mengajar memang memberi kesan yg mendalam pada aku.

Kalau boleh aku nak berikan yg terbaik untuk anak-anak aku, lainlah kalau dah takde pilihan memang aku redha je. Aku tak nak diorg jadi macam aku. Biarlah aku tak dapat bagi kemewahan kat diorang, sekurang-kurangnya diorg ade ilmu untuk digunakan sepanjang hayat dan memberi kejayaan di dunia dan akhirat.

Ada sesiapa yang tau average bayaran bas/van sekolah untuk sebulan berapa ye?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 06:07 PM | Show all posts
Choose the better school. It's your kid's future you're talking about.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-4-2013 04:32 PM | Show all posts
lwyl posted on 16-4-2013 06:07 PM
Choose the better school. It's your kid's future you're talking about.

thank for the advice. definitely i will choose the best for my kid
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2013 11:24 AM | Show all posts
lurvelylorra posted on 17-4-2013 04:32 PM
thank for the advice. definitely i will choose the best for my kid

If possible, choose a Chinese school. SK school ... sigh... long story.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
He/she is your child.klu u tak susah kan sesiapa u antar je sekolah yg u nak but make sure ilmu agama jgn abaikan. ..it's vital especially utk anak2 zaman sekarang. ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 01:10 PM | Show all posts
depend on distant and the state of the bus / van. my son's school is only 5 mins away. The van is old and without a/c, so the fare is only RM 40 per month. Area : sek 7, shah alam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2013 02:36 PM | Show all posts
saya kat bangi, sekolah - rumah dlm 10 min
bas xde ekon dan bukan baru dan fare adalah RM45
utk si adik saya naikkan kat seorg lady ni, dia bawak innova
same school dgn abg cuma si adik belah ptg dan fare nya adalah rm60, puas hati
sekolah yg anak saya attend pun salah satu sekolah yg bagus di daerah ini, saya x pilih tp mmg kena hantar situ berdasarkan alamat dan utk anak anda buatlah yg terbaik, pastikan dia attend juga sekolah agama supaya dia peroleh kedua2 ilmu ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 04:37 PM | Show all posts
sekolah agama kat area tu cuma ada satu, so takde apa-apa masalah. cuma sk tu yg buat saya pening sket. serba salah sama ada mau jaga hati MIL or pentingkan future anak. saya tak nak kalau saya pilih sekolah pilihan MIL, nanti kalau apa2 jadi di kemudian hari saya akan menyesal dan ungkit pasal ni lagi, n kemungkinan akan timbul masalah di sini.
maaflah, saya cuma belajar dari pengalaman dan tak nak perkara yang sama terjadi lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2013 11:34 PM | Show all posts
mmg susah nk buat keputusan terutama melibatkan mertua, hati org tua nk kena pikir jgk kan...cubalah jelaskan pd mertua elok2 dgn lemah lembut sbb apa tt nk antar ank ke sek pilihan tt, Insya'Allah mertua mungkin boleh faham, asalkan x menyusahkan diaorg..dr segi nk antar dan ambik pg sek.

Bg me&asben mmg particular sgt bab sek. kami aggup hantar ank ke sek, ren, islam integrasi swasta dgn yuran rm250 sebulan, jarak sek ke rumah pegi balik  14km tiap2 hari, sebabnya cuma satu kami nk anak kami dididik dgn suasana persekolahan yg islamik dari awal lg, supaya dah besar nnti senang dia faham gaya idup islam yg sebenar sepatutnya mcm mana. Lagi, plak duduk bdr besar mcm kl ni, susah bagi ibu bapa nk control setiap aspek rohani&jasmani ank.

Wlupun mmg terbeban sket, yela nk antar pegi balik setiap hari, bas sek xde, tp me rela sbb me nk hasil yg terbaik utk ank.

Jadi, buatla keputusan yg terbaik utk ank bukan semata-mata dari segi akademik shj, tp yg lebih penting dari memupuk akhlak yg baik pd mereka. sekurang-kurangnya kita sbg ibu bapa dah berusaha yg terbaik utk bg didikan utk mereka.. Insya'Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2013 09:17 AM | Show all posts
mcm anak aku,aku memang nak antar dia pegi sekolah yg terbaik.memandangkan kat area umah aku mcm dah tak ada sekolah yg bagus,laki aku buat keputusan untuk antar dia g sekolah private.mahal..? memang mahal gile.tapi,untuk education anak2 biarla susah n penat cari duit dari sekarang.nak tunggu umur dah besar mcm dah agak lambat aku rasa untuk bagi education yg baik untuk dia.

masa memula tu,mertua aku memang kecam habis habisan.sebab dia kata aku nila yg menggada2 sangat.tapi aku pedulik apa.termasuk org sekeliling aku yg kata kalau anak tu dah bodoh antarla sekolah bagus pun sama je.aku benggang giler time tu.masa anak aku kat kiddy,memang aku rasa tahap kepandaian dia biasa2 je.tapi start darjah satu aku antar g private school memang nampak perubahan kat dia.bukan nak angkuhla,result peksa dia sentiasa dapat A.english dia lebih bagus dari aku.

pada TT,aku nasihatkan ko buatla yg terbaik untuk anak ko.persekitaran suasana belajar sangat penting untuk menarik minat anak2 nak belajar.jgn ikutkan sangat rentak org sekeliling ko yg akan sesalkan diri ko nanti
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 11:13 AM | Show all posts
kalau kau islam, maybe kau nak consider hantar anak ke sekolah kebangsaan. actually aku tak tau kat KL mcm mana sekolah2 tu semua. maybe kalau masuk sekolah jenis kebangsaan pagi, petang boleh ke sekolah kafa. cam aku yg duduk kat kg ni, aku tengok ada anak2 melayu gi sek. jenis, tapi bila petang dia org tak kemana. tak ke sek. kafa. bagi aku kafa tu amatlah penting sebab aku nak ajar anak mengaji aku tak yakin, nak ajar bahasa arab memang aku tak pandai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.438741 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list