CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2046|Reply: 2

Paul McCartney pemuzik paling kaya

[Copy link]
Post time 12-4-2013 01:01 PM | Show all posts |Read mode
London: Sir Paul McCartney menguasai carta muzik semula menduduki tangga teratas dalam Senarai Pemuzik Jutawan akhbar Sunday Times yang diterbitkan di Britain.


Bekas anggota Beatle itu berkongsi harta berjumlah £680 juta (RM3.2 bilion) bersama isteri Nancy Shevell, menurut penyelidik yang menyediakan senarai berkenaan.



Dia menduduki senarai pemuzik paling kaya sejak senarai itu disediakan pada 1989 apabila hartanya dianggar berjumlah £80 juta (RM374 juta).





Sebahagian kekayaannya adalah harta milik isterinya, pewaris sebuah syarikat pengangkutan Amerika Syarikat yang dikatakan bernilai £150 juta (RM701 juta).

McCartney bukan satu-satunya orang yang harta mereka meningkat hasil daripada perkongsian dengan isteri atau suami masing-masing.  Gabungan harta Victoria dan David Beckham yang berjumlah lebih £200 juta (RM934 juta) meletakkan  mereka dalam senarai 10 teratas.  Sharon dan Ozzy Osbourne serta Chris Martin dan Gwyneth Paltrow turut tersenarai.









Andrew Lloyd Webber menduduki tangga kedua dalam carta itu dengan harta berjumlah £620 juta (RM2.9 bilion), diikuti oleh rocker Ireland, U2 yang memiliki harta sebanyak £520 juta (RM2.4 bilion).


Lima anggota One Direction mengumpul harta sebanyak £5 juta (RM23 juta) setiap seorang tahun lalu.







Bagaimanapun, perjalanan kumpulan itu masih jauh untuk menyaingi Adele yang menduduki tempat teratas Senarai Pemuzik Muda paling kaya dengan harta berjumlah £30 juta (RM140 juta).



Penyanyi itu meraih pendapatan £10 juta (RM47 juta) tahun lalu meskipun menghabiskan sebahagian besar masa pulih daripada pembedahan tekak dan melahirkan anak.


Harta Cheryl Cole dianggar berjumlah £14 juta (RM65 juta) sementara Leona Lewis dan Katie Melua masing-masing  £12million (RM56 juta).







Nama baru dalam senarai jutawan muzik berusia 30 dan ke bawah termasuk Emeli Sande dan Ed Sheeran yang masing-masih bernilai £5 juta (RM23 juta). - DM







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2013 01:27 PM | Show all posts
boybands suck!!!...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2013 01:57 PM | Show all posts
one direction tuh xpenah dengor lagu pong.. erkkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Era baru Indonesia
maklukpenggodaEra baru Indonesia
Views : 28879 Replies : 12
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 87989 Replies : 3393
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37251 Replies : 22
Civil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal  menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang
YgBenarCivil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, be
Views : 62950 Replies : 16
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 38888 Replies : 154
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 7930 Replies : 52
Abah Hayat terlepas tali gantung, kes bunuh kerat lapan 23 tahun lalu
AbahmungAbah Hayat terlepas tali gantung, kes bu
Views : 45485 Replies : 95
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31501 Replies : 76
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109343 Replies : 6698
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72719 Replies : 659

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.039412 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list