CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4191|Reply: 7

LAH..!! YANG POPULAR DENGAN LUNAFLY

[Copy link]
Post time 10-4-2013 04:12 PM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur - Yun..!! Yun..!! Sam..!! Sam..!! LUNAFLY..!! LUNAFLY..!! Wei napa tak ada peminat jerit nama Teo? Teo la best wei sebab dia la yang paling comel dan kelakar malahan dia yang banyak mengajar bahasa Malaysia kepada Yun dan Sam. BAIK... peminat tak perlu gaduh-gaduh. Hormati citarasa masing-masing. Yang penting LUNAFLY telah mencuri hati semua LUKIES di Malaysia .

Malaysia merupakan distinasi kedua
LUNAFLY selepas Indonesia. Mendarat saja di Malaysia, sudah banyak acara yangg telah menanti mereka pada hari pertama. Setiba di Malaysia mereka terus berkejar ke Overtime, Sunway Pyramid untuk menghadiri Sidang Media bersama media dan peminat terpilih. Namun malangnya kesesakan jalanraya telah mengakibatkan mereka tiba agak lewat sejam. Walau hanya sempat meluangkan masa selama 15 minit saja kerna selepas itu mereka perlu berkejar pula ke stesen tv untuk rancangan siaran langsung mereka bersama dengan 8TV. Media berkesempatan juga melontarkan soalan. Ditanya bagaimana mereka bertemu? Sam memberitahu mereka bertemu semasa berada di pejabat syarikat pengurusan mereka. Keserasian bersama membuatkan mereka akhirnya berkeputusan bersetuju untuk menubuhkan band LUNAFLY dibawah syarikat Nega Network. Ditanya juga berkenaan dgn album and  persembahan mereka. Mereka akan bakal muncul dengan album penuh yg pertama pada 4 April 2013, konsert solo dan juga bakal muncul di kaca tv juga untuk persembahan. Disamping tu mereka juga berkata akan membuat kejutan semasa persembahan mereka nanti disini. Apa kejutan itu ?

Bertempat di The Square, Publika, pada malamnya pula. Fanmeet & High-Five terbuka kepada umum bersama peminat diadakan yang dihadiri oleh lebih 200 peminatnya. Hampir 2 jam LUNAFLY meluahkan masa hingga sempat menghiburkan peminat dengan mempersembahkan 2 buah lagu iaitu 'Superhero' dan 'Just The Way You Are'. Disamping beramah mesra, mereka juga  bermain berberapa permainan dengan beberapa peminat bertuah diatas pentas. LUNAFLY masih baru bertapak dipersanda seni dan peminat di Malaysia juga masih kurang malahan fanclub pula baru saja ditubuhkan. Namun berpandukan kepada pengalaman seperti ini. Ini sebenarnya sangat bagus kerana dimasa beginilah peminat akan dapat mencipta berbagai pengalaman manis dan indah. Seperti fanmeet ini peminat dan media bergaul santai dengan mereka.

Manakala pada 30 Mac 2013 bertempat di Taylor's Universitiy Lakeside Campus, dilangsungkan mini concert tertutup dan terhad bersama LUNAFLY pula dihadiri oleh lebih 200 peminat LUKIES.
Mengikut set list yang diberikan kepada para media. LUNAFLY akan mempersembahkan sebanyak 18 buah lagu. Oh ya bersama set list tu juga para media dihadiahkan sebuah album dgn tandatangan LUNAFLY. Terima kasih ME Malaysia.



Ketika melangkah memasuki ruang dewan, secara sepontan set reka bentuk pentas terus saja menarik perhatian semua. Walaupun ruang pentasnya kecil tapi ianya dihias dengan ringkas dan sangat comel kelihatan, terasa sejuk mata memandang. Terus terang ni la pertama kali datang menonton showcase yang membuatkan kita duduk dengan santai dengan pemandangan yang ceria. Terasa  tidak ingin pulang rasanya. Pujian kita berikan kepada pereka set pentas ni ya.

Baik..baik..tirai dirasmikan oleh artis YouTube Malaysia iaitu Enessa. Gadis kecik molek ini mempersembahkan lagu ciptaannya iaitu 'Hatiku' dan lagu 2Ne1 iaitu 'Lonely'. Bravo Enessa semoga anda akan berjaya dalam bidang hiburan ini.

Seterusnya yang dinantikan-nantikan, LUNAFLY memulakan persembahan mereka dgn lagu 'Clear Day Cloudy Day', 'Baby'. Untuk solo Yun 'I'm Your's'. Solo Teo 'Impossible' yang dinyanyikannya dengan penuh perasaan kerana lagu tersebut amat bermakna padanya. Terasa sayu pula mendengarnya hinggalah suaranya kedengaran serak ketika mencapai note suara tinggi. Manakala solo Sam pula adalah 'California King Bed'. Enessa kembali ke atas pentas dan berduet untuk lagu 'As Long As You Love Me'. Pembaca jangan tersalah sangka kerna lagu ini adala lagu Justin Bieber cuma tajuk lagu sama dengan lagu Backstreet Boys. Kemudian mereka meneruskan persembahan dgn lagu 'Payphone', 'Superhero', Just The Way You Are' . Sebelum berlalu pergi ke belakang pentas untuk berehat dan bertukar pakaian, mereka menyampaikan kejutan pertama, m
enurut dalam list lagu mereka sepatutnya menyanyikan lagu melayu iaitu 'Bila Rindu' oleh Ruffedge tapi menyanyikan sekali lagi lagu yang telah mereka nyanyikan kepada LUKIES Indonesia iaitu 'Cantik' oleh penyanyi Indonesia Kahitna.

Ketika menanti mereka kembali, suasana gamat bila Max pengacara pada malam tersebut menghangatkan suasana. Agak menghiburkan dan mengamatkan dewan bila ada juga peminat yang berbakat menyanyikan lagu-lagu LUNAFLY  untuk memenangi goodies LUNAFLY.

Kembali ke atas pentas juga dengan pakaian yang ditaja oleh Chargers Outfitters gabungan warna pink, putih dan hitam menyerlahkan lagi penampilan mereka. Menyampaikan lagu 'One More Step', 'This Love', 'Seeing You or Missing You' dan 'Troublemaker'
. Dikala menyampaikan lagu terbaru daripada album penuh pertama mereka yang akan bakal dilancarkan. Sam meminta media dan peminat supaya jangan merakam atau mengambil gambar kerana beliau ingin peminat bergembira santai bersama mereka sambil sama-sama menyanyikan lagu tersebut. Kelihatan betapa energatiknya peminat menyanyi sama-sama lagu dalam versi englih mereka iaitu 'Innocent & Young' dan Fly To Love'...lah kata Teo..


Sebelum Sesi Q&A,  peminat diberi peluang untuk bertanya soalan dan hanya soalan yg terbaik akan dipilih. Tika mereka kembali peminat sangat teruja dan terharu kerana kali ini LUNAFLY tampil kembali diatas pentas dengan memakai pakaian tshirt yg direka khas oleh LUKIES Malaysia. Manakala soalan yang popular pada malam tersebut adalah meminta Yun dan Sam untuk membuat aksi 'gwiyomi'. Dan saat ni Teo mendominasi suasana dengan kefasihanya menyebut beberapa perkataan bahasa malaysia sambil membuli 2 ahli memaksa mereke melakukan aksi tersebut. Dalam keterpaksaan walau Yun & Sam menyatakan mereka sudah terlalu tua untuk melakukan aksi comel ini tapi bila peminat bersorak memberikan galakan akhirnya dapat juga peminat melihat aksi mereka.  Teo pula memeranjatkan lagi peminat dengan perkataan bahasa Malaysia yg begitu singkat sempat dipelajari nya. Perkataan kegemarannya adalah perkataan Lah setiap kali mengakhiri perkataan Melayu nya.  Seperti Saya kacak lah. Saya comel lah. Saya cinta kamu lah. Malahan begitu  gigih mengajar Yun dan Sam sehingga Sam sempat menuduh berkata Teo selalu mengajarnya perkataan yang tidak masuk akal..tentu saja segala gelagat muka yakin amat Teo. Wajah kebingungan Yun dan ketidakpuasaan wajah Sam menggamatkan suasana. Malahan peminat membantu Teo untuk menyakinkan Yun dan Sam. Dan lebih meriah lagi bila Teo dan peminat berganding bahu memaksa pengacara 8TV, Baki Zainal yang kemudiannya mengheret Max untuk naik ke atas pentas mengayakan aksi 'gwiyomi'...

Terasakan 4 jam beredar terlalu pantas. Persembahan ini bukan lagi dipanggil mini concert tatapi sudah layak digelar sebagai konsert yang besar. Sebagai kejutan terakhir dari mereka  bila menyampaikan satu lagi lagu melayu iaitu 'Bila Terasa Rindu'' oleh Dafi AF.




Usai sahaja persembahan mereka. Sesi M&G bersama pemint pula diadakan. Terus terang showcase ini banyak mencipta kenangan manis, baik kepada peminat atau pun media. Walaupun dengan kapasiti kecil yang dihadkan namun segalanya berjalan dengan teratur dan lancar sekali. Berbaloi dengan setiap sen yang dibayar oleh peminat untuk berdiri dekat dengan LUNAFLY. Setiap LUKIES MALAYSIA mendapat 'up close & personal'  mereka bersama LUNAFLY.

Pada hari terakhir LUNAFLY di Malaysia. Kalau LUKIES Indonesia dapat makan malam bersama LUNAFLY. Di Malaysia pula, beberapa peminat yang bertuah terpilih dapat keluar membeli belah bersama LUNAFLY di butik Chargers Outffiter, AEO Cheras Mall. Pada 1 April 2013, LUNAFLY berlepas kembali ke Korea setelah menghabiskan masa selama 3 hari di Malaysia.

Setinggi-tinggi penghormatan dan terima kasih  kepada pihak penganjur iaitu M.E Malaysia kerana sudi  menjemput CARI Malaysia untuk sama-sama merasai pengalama ini. Semoga
M.E Malaysia akan terus membawakan lebih ramai artis Korea yang berbakat datang ke Malaysia.

Disamping itu sila ikuti Twitter LUKIES Malaysia
@MyLUNAFLY untuk mengetahui segala info terkini LUNAFLY.

Artikel oleh : isabel
Photo oleh : isabel


Last edited by isabel on 11-4-2013 09:56 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-4-2013 04:12 PM | Show all posts
sambil-sambil itu sila lihat video yang dirakamkan oleh LUKIES MALAYSIA.

Teo membuli Yun dan Sam

credit kepada : Sofy14113



Fly To Love

credit kepada : LUNAFLYBOT



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-4-2013 04:12 PM | Show all posts
reserved for more photos
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 04:50 PM | Show all posts
   
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 05:10 PM | Show all posts
duit ringgit yg dibayar walaupon rookies... sangat2 berbaloi
kak bel.. terima kasih laaaaaaaaah....

tak rugi.. yg bukan fan lunafly ...gerenti jadi fan dorg... talented...good songs... visual is bonus!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2013 08:46 PM | Show all posts
Sedikit sebanyak malam tu jadi tempat melepaskan tension dikala bekerja seharian tanpa tidur dan pulang ke rumah 3 hari berturut-turut   . Persembahan yang sangat menghiburkan. Kredit pada cikgu Teo yang gigih menceriakan suasana. Walaupun cikgu Teo bertutur dalam berbahasa inggeris yg limit namun keberaniannya harus dipuji. Sekurang-kurangnya kurang sedikit beban leader Sam untuk jadi penterjemah rakan-rakannya. Hanya Yun sahaja yang berterusan bertutur dalam bahasa Korea jika melibatkan ayat-ayat yang panjang. Mungkin adik kita ni masih tiada keyakinan setinggi cikgu Teo untuk bertutur dalam bahasa inggeris. Come on Yun, "have a brave!" bak kata cikgu Teo

Terus terang saya katakan, persembahan mereka pada malam itu sangat hebat. Dari segi vocal dan visual mmg cukup membuatkan peminat berasa amat penat kerana meroyan keterlaluan *ehem* termasuk saya. Walaupun tempat duduk yang disediakan amat selesa namun akibat percampuran perasaan dan hormon yang tunggang terbalik menyebabkan saya berasa amat letih. Malah dalam fancam saya juga ada merakam peminat menjerit "Saya letihlah!" hahahahaha

Pada sessi meet and greet (M&G) yang dilakukan khas sebelum konsert bermula juga meninggalkan memori yang amat manis buat pembeli tiket premium. Jangkaan awal saya M&G kali ini juga seperti M&G artis k-pop yang terdahulu iaitu cuma mengambil gambar secara berkumpulan sahaja. Namun jangkaan saya meleset sama sekali kerana pemilik tiket premium boleh mendekati mereka dan buat apa saja (dengan kebenaran mereka). Saya sempat bersalaman dan *cough*peluk*cough* malah sempat selca bersama one on one dengan mereka. Teo sangat comel sehingga saya tersentuh mukanya dan ditegur oleh pihak pengawal supaya kawal diri. Alah... saya bukan sengaja pun. Siapa suruh Teo posing comel sangat? . Tika itu Teo hanya ketawa manja (rasa mcam nak gigit!). Manakala Sam pula teramat caring kerana sempat bertanyakan keadaan tangan saya yang berbalut (malam sebelumnya saya terjatuh dan tangan saya terseliuh.) Pelbagai nasihat dia curahkan kepada saya. Terlalu panjang sampai sejujurnya tika tu saya ada rasa sedikit rimas... hahahahah.... Setelah habis selca dengan Sam otak saya nak meluru pada Yun namun Sam masih pegang lengan saya dan teruskan leterannya . Akhirnya saya berdepan dengan bias saya. Masa hendak ambil gambar bersama, Yun menawarkan dirinya untuk mengambil  gambar. Kala memegang telefon bimbit saya, Yun hampir-hampir terlepaskannya dan membuatkan saya kaget seketika. Yun memandang saya dan berkata "Sorry~" sambil angkat kening. Saya rasa saya nak melayang~~~~~~~~~~

Apa yang saya paling ingat pada malam itu, Sam banyak beri respond pada jeritan saya. Adakah suara saya terlalu kuat sehingga menarik perhatian Sam?   Malah sebelum saya mahu pulang (saya dan rakan pulang sebelum tamatnya sessi tanda tangan kerana masa sudah terlalu lewat) saya sempat menjerit memanggil Sam. Saya berkata "Sam, I wanna go home. Good bye!" sambil melambai. Sam yang sedang sibuk mengambil gambar & tanda tangan untuk peminat sempat menoleh dan mencari empunya suara dan melontarkan lambaian selamat tinggalnya..... haaaaaaa~

Malam itu saya mengambil banyak video namun tak semua saya uploadkan ke youtube kerana masalah masa. Malah fancam saya menjurus pada Yun dan semestinya jika anda melayari youtube, terlalu banyak video yang fokus kepada Yun. Oleh itu, saya simpan sahaja video saya untuk tatapan peribadi. Tapi ni antara video yang sempat saya uploadkan. Enjoy ^^


Yun belajar bahasa melayu dengan cikgu Teo

Teo's solo. Impossible.

Lunafly's  kiyomi.
Terpaksa letak BGM sbb sore meroyan org tukang rakamnyer agak keterlaluan


Last edited by HideGulz on 10-4-2013 09:05 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2013 08:52 PM | Show all posts
diorang ni asak mane? malas nk google.. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 05:09 PM | Show all posts
asal ak rase geli plak tgok artikel nie !!
# golongan gayah bapok suke nie !! enuf said.. LOL..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.276383 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list