CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9705|Reply: 6

Thrush - Jangkitan Kulat Pada Mulut Bayi

[Copy link]
Post time 22-3-2013 12:15 PM | Show all posts |Read mode
[img]%5BIMG%5D[/IMG][/img]
Ibu-ibu semua perasan tak pada bayi kadang-kadang ada tumbuh tompok putih atau macam kulat dalam mulut bayi? Bila dibelek-belek, bukannya sisa susu tapi adalah tompok putih yang tidak hilang.

Adakah ia menyakitkan bayi? Tidak sakit sebenarnya cuma tidak selesa sahaja. Itu adalah "kulat" atau juga lebih dikenali sebagai "Thrush". Kulat ini sebanarnya adalah jangkitan yang didapati semasa proses kelahiran.

Apakah Yang Menyebabkan Ia Terjadi?
Ianya berasal dari kulat yang mana kulat ini biasanya ada dalam sistem penghadaman setiap manusia. Semasa proses kelahiran dan melalui saluran kelahiran, kulat ini akan menjangkiti bayi. Tapi ia adalah tidak bahaya sebenarnya. Ia akan semakin membiak bila hormon berubah selepas kelahiran bayi. Ia juga terjadi kerana semasa proses kelahiran, ibu diberi antibiotik. Antibiotik ini akan membunuh semua bakteria termasuk juga bakteria baik. Dengan itulah juga punca boleh terjadinya kulat membiak.


Bila ianya menjangkiti bayi, ibu juga boleh dijangkiti terutama pada ibu yang menyusu badan. Kulat dari mulut bayi akan menjangkiti puting susu ibu. Adakalanya jangkitan itu akan menyebabkan ibu mengalami kesakitan pada putingnya namun ada setengah ibu tidak mengalami apa-apa kesakitan. Tidak semua bayi yang dijangkiti kulat akan menyebarkan pada ibunya pula.

Bagaimana Mengenalpasti Adakah Ia Thrush Atau Tidak?
Ibu boleh periksa tompokan tersebut, cuba sentuh, dan tengok adakah tompokan itu terasa kasar dan kemerahan. Jika disentuh dan sukar untuk hilang maka ia kemungkinan besar adalah kulat (Thrush). Tanda lain juga boleh dikenalpasti kemungkinan bayi akan berasa sakit atau tidak selesa bila semasa menyusu dia menangis. Kemungkinan juga bayi anda sudah mula diserang kulat ini.

Bagaimana Merawat Kulat (Thrush) ini?
Dalam kebanyakan kes jika bayi tidak berasa sakit, ia boleh pulih sendiri dalama jangka masa beberapa minggu. namun jika bayi menangis, cepat-cepat bawa pada pakar kanak-kanak dan periksa dengan lebih lanjut. Anda kemungkinan akan diberi satu ubat sapu anti kulat yang diberi nama Nystatin. Ubat ini boleh disapu menggunakan jari anda ke sekitar tempat yang dijangkiti.

Bacaan Lanjut di :
http://permatacintaku.blogspot.c ... ada-mulut-bayi.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 05:10 PM | Show all posts
org ckp kalau guna puting botol gerenti dapat, mmg terbukti sbb anak no 1 & no 2 mama, guna puting terus dapat benda alah ni, kesian depa...ni yg adik tengah bf, so far tak jadi pulak...

ada petua petua lain tak utk hilangkan...selain guna ubat chemical ni....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2013 03:35 PM | Show all posts
baru ja kena kt baby i, sapu ubat kt dlm mulut 3-4 hr surut la insyallah
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2013 10:28 AM | Show all posts
saya bagi je air suam.. + sapu ubat gula. cepat je baik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2013 09:56 AM | Show all posts
rozza posted on 30-5-2013 10:28 AM
saya bagi je air suam.. + sapu ubat gula. cepat je baik.

anak berapa bulan?..ubat gula tu mcm mana?

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2013 12:37 PM | Show all posts
bby sy pon ade kene..doktor bg ubat sapu..2-3 hr ilang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2013 03:54 PM | Show all posts
puankhairil posted on 9-6-2013 09:56 AM
anak berapa bulan?..ubat gula tu mcm mana?

beli kat kedai ubat cina..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 10:29 AM GMT+8 , Processed in 0.420726 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list