Bintang kegilaan ramai itu berpacaran selama dua bulan dengan penyanyi country dari Amerika Syarikat itu akhir tahun lalu. Styles dilaporkan memberitahu rakannya, dia kesal berpacaran dengan penyanyi berusia 23 tahun berkenaan selepas Taylor mengecamnya dalam muzik video terbarunya.
Taylor mengaku lagu I Knew You Were Trouble dalam album terbarunya ditulis berdasarkan kisah cintanya dengan Styles.
Satu sumber yang rapat dengan Styles, 19, memberitahu RadarOnline: “Styles mungkin menerima kritikan Taylor secara bermaruah, tetapi dia amat kesal menjalin hubungan dengan Taylor. “Styles ketika itu hanya ingin keseronokan dan akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri.
“Tetapi dia tidak sampai terfikir untuk berbuat seperti Taylor kerana dia sudah matang dan hanya ingin meneruskan hidup seperti sediakala. Mungkin Taylor pun perlu berfikiran sama.” - Agensi
|