CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1787|Reply: 2

Franco tak tertekan

[Copy link]
Post time 14-3-2013 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Aktor kacak Hollywood, James Franco mengakui tidak tertekan dengan apa jua reaksi khalayak mengenai lakonannya sebagai Oscar Diggs/Wizard of Oz dalam filem terbaru, Oz The Great & Powerful (Oz).


Katanya, dia tidak  bimbang jika filem itu dibandingkan dengan filem asal The Wizard of Oz pada 1939 kerana masing-masing menghidangkan pengisian berbeza.



Kata Franco, filem arahan Sam Raimi itu  adalah adaptasi terperinci daripada novel pertama penulis Amerika Syarikat (AS), L Frank Baum iaitu The Wonderful Wizard of Oz berbanding versi klasik lakonan aktres Judy Garland.



"Struktur dan rentaknya sangat berbeza. Versi baru ini bukan muzikal dan mempunyai pelbagai karakter berlainan. Sebagai pelakon, saya tidak merasai tekanan untuk watak itu kerana Oz dalam filem asal adalah seorang lelaki berusia manakala saya memainkan watak yang lebih muda.

"Tiada rujukan atau panduan watak muda sebelum ini, sekali gus saya bebas menterjemahkan watak itu," katanya yang menggalas watak ahli silap mata amatur dalam filem itu.

Namun, katanya, itu tidak bermakna dia tidak mengalami sebarang tekanan langsung dalam melaksanakan tanggungjawab untuk filem berkenaan.

"Sudah tentu ada juga tekanan kerana filem ini adalah salah sebuah karya klasik AS yang dianggap terhebat dalam kalangan penonton. Cuma ia tidak mengganggu tumpuan dan persediaan saya menggalas watak Oz dengan bebas," katanya.

Filem ini juga menyaksikan kerjasama kali keempat pelakon itu bersama Raimi di mana sebelum ini mereka pernah bergandingan dalam tiga filem Spider-Man.

Pelakon asal California itu menyifatkan bekerja dengan Raimi sangat hebat dan menyeronokkan.

"Tempoh penggambarannya sangat panjang tetapi Raimi menyediakan jadual penggambaran yang memudahkan kerja kami. Dia selalu berjenaka dan suka melihat semua orang gembira ketika bekerja. Ia adalah ilmu terbesar untuk saya amalkan apabila mengarah filem sendiri iaitu menaikkan semangat semua orang di lokasi," katanya.

Dalam pada itu, Raimi pula percaya Franco adalah pilihan paling tepat untuk menerajui watak utama dalam Oz.

"Mana-mana pelakon mungkin mampu menterjemahkan watak Oz yang mementingkan diri sendiri dengan berkesan. Namun, ia tidak mudah dijayakan bagi aktor yang mempunyai sikap itu secara semula jadi.

"Menariknya, Franco berjaya menggalas watak itu walaupun dia seorang lelaki yang periang dan gemar berjenaka," katanya.

Raimi bukanlah nama asing dalam dunia pengarahan filem tetapi bagi format filem Tiga Dimensi (3D) Digital, Oz adalah percubaan sulungnya.

Katanya, ia adalah projek menarik kerana dia berpeluang menterjemahkan dunia fantasi ciptaan Baum dalam dimensi ruang yang penuh keterujaan.

Bercerita mengenai pengalamannya mengarahkan filem itu, Raimi berkata, ia bukan proses mudah tetapi memberikan pengalaman baru buatnya.

"Peralihan babak mono dan hitam putih selama 18 minit pada pembukaan cerita kepada dunia warna-warni 3D Digital menawarkan pengalaman luar biasa kepada penonton.

"Filem ini dirakamkan dalam format 3D keseluruhannya tetapi bagi babak awal selama 18 minit ia dirakam pada lapisan permukaan 3D saja untuk menampakkan efek mono," katanya.

Oz mengisahkan seorang ahli silap mata amatur Oscar Diggs lakonan Franco yang menggunakan helah dan tipu daya dalam persembahan magis.

Kembara Oscar bermula apabila dia meninggalkan bandar Kansas dan memasuki dunia fantasi yang berwarna-warni, Land of Oz.

Oscar yang terbuai dengan kemasyhuran dan sanjungan khalayak kerana keupayaan silap matanya berdepan cabaran apabila bertemu tiga ahli sihir wanita iaitu Theodora (Mila Kunis), Evanora (Rachel Weisz) dan Glinda (Michelle Williams) yang meragui keupayaan sebenarnya.

Dalam menghadapi pelbagai konflik di dunia asing itu, Oscar perlu mencari penyelesaian untuk membezakan yang baik dan jahat menerusi kuasa magis.

Bagaimanapun, usaha Oscar membuahkan hasil apabila magis yang dilakukan berjaya mengubahnya menjadi ahli silap mata dan individu yang lebih baik.

Filem yang menjalani penggambaran selama enam bulan di Pontiac, Michigan, AS ini sedang ditayangkan di pawagam bermula Khamis lalu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2013 04:17 PM | Show all posts
x sabar mau tgk citer wizard of oz nie..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2013 10:45 PM | Show all posts


handsomenya... mata kuyuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Era baru Indonesia
maklukpenggodaEra baru Indonesia
Views : 28879 Replies : 12
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 87989 Replies : 3393
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37251 Replies : 22
Civil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal  menitahkan agar keadilan diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat Diraja Pahang
YgBenarCivil war:Kes pukul: Dia rakyat beta, be
Views : 62950 Replies : 16
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 38888 Replies : 154
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 7930 Replies : 52
Abah Hayat terlepas tali gantung, kes bunuh kerat lapan 23 tahun lalu
AbahmungAbah Hayat terlepas tali gantung, kes bu
Views : 45485 Replies : 95
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31501 Replies : 76
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109343 Replies : 6698
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72719 Replies : 659

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.162354 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list