|
Aktres dan pereka fesyen, Nicole Ritchie yang suatu ketika dulu adalah rakan baik kepada socialis, Paris Hilton mengakui dia tidak pernah memberika apa-apa nasihat mengenai fesyen dan pemakaian kepada suaminya, Joel Madden.
Malah, mentor Fashion Star yang mempunyai jenama fesyennya sendiri ini juga memberitahu bahawa suaminya juga tidak pernah mendapatkan apa-apa nasihat daripadanya mengenai hal tersebut.
"Saya tidak pernah menentukan apa yang perlu dipakai oleh Joel. Sebaliknya, dia sendiri yang tentukan apa yang ingin dipakainya. Malah, dia juga yang selalu pakaikan baju untuk anak kami, Sparrow James.
"Tapi, macamanapun, sparrow lebih suka menentukan apa yang ingin dipakainya dan dia juga sangat teliti dengan pilihannya itu," katanya.
Apapun, kata Nicole Ritchie lagi, 31, lagi, dia kini sudah mula mengambil tip stail daripada Sparrow dan anak perempuannya, Harlow yang kini berusia 4 tahun.
"Ada suatu ketika, saya sedang memakai celana harem polka-dot dan anda tahu tak apa yang anak perempuan saya katakan pada saya.
"Ibu.. kenapa ibu pakai baju tidur ketika keluar? Dan saya terus berkata kepada diri saya sendiri: "Wah, sekarang ini anak perempuan saya pun sudah pandai beri pendapatnya sendiri".
"Manakala Sparrow pula, dia akan sentiasa memeluk saya jika dia berasakan bahawa apa yang saya pakai ketika itu cantik pada matanya," katanya.
|
|