View: 1601|Reply: 1
|
Akshay Kumar Pernah Jadi Pencuri Jam Tangan
[Copy link]
|
|
Setiap manusia punya sejarah silam yang baik mahu pun buruk. Begitulah juga dengan aktor Akshay Kumar yang kini sudah membuktikan bahawa dia juga setaraf dengan bintang Khan di dalam industri perfileman Bollywood.
Pada satu acara, dia telah membuka rahsia dirinya sewaktu mula-mula terjun di dalam industri perfileman dulu.
"Bagi seseorang yang pernah mencuri jam di sekitar kawasan Chandni Chowk, Mumbai saya kira apa yang saya lakukan pada usia 22 tahun itu adalah kejayaan yang awal," katanya apabila ditanya sama ada kejayaanya yang dikecapinya itu datang lewat di dalam hidupnya.
Sambungnya lagi: "Mungkin tahap kejayaan bagi saya konteks diri saya tidak setinggi anda semua. Tapi, saya kira apa yang saya lakukan itu dulu sudah dianggap satu kejayaan," katanya.
Pun begitu, biarpun dirinya dianggap sebagai superstar dalam bidang seni mempertahankan diri, namun dia masih belum mampu mencetuskan fenomena seperti beberapa aktor Bollywood yang lain. Mungkinkah, hal ini mengecewakan dirinya?
"Tidak. Malah saya saya rasa okey kalau tidak menjadi fenomena pun. Saya adalah saya dan saya akan lakukan apa yang terbaik dan termampu saya lakukan.
"Saya bukan superstar. Ada pihak yang gelarkan saya begitu, tapi saya bukan seorang yang kacak. Saya adalah saya. Seoran lelaki yang mempunyai keluarga serta mempunyai impian. Saya adalah seorang lelaki yang simple yang hanya mahu menjalani hidup dan berusaha untuk hidup," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
die nie kalu berlakon filem komedi memang best tgk..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|