CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2639|Reply: 4

Luna Sea Mengakhiri Impian Peminat dengan siri jelajah The End of The Dream

[Copy link]
Post time 15-3-2013 03:30 PM | Show all posts |Read mode


Singapura. 8 Februari 2013 - Luna Sea buat julung kalinya mengadakan konsert di Singapura. Kumpulan j-rock  yang dinggotai oleh Jun Onose(J),  Kiyonobu Inoue(Inoran), Yasuhiro Sugihara(Sugizo), Shinya Yamada dan Ryuichi Kawamura ini ditubuhkan sejak lebih dari 20 tahun yang lalu membuktikan kehebatan mereka menggegarkan pentas The Star Theatre. Konsert selama 2 jam menampilkan sebanyak 17 lagu yang merupakan sebahagian dari koleksi lagu terbaik mereka .
Para penonton  telah memenuhi ruang luar dewan sejak dari tengah hari lagi mengambil peluang tersebut untuk menulis mesej di atas banneryang telah disediakan oleh kelab peminat tempatan. Kebanyakan penonton pada malam tersebut berpakaian serba hitam. Mereka yang hadir bukan sahaja dari Singapura tetapi juga dari negara jiran seperti Malaysia dan Indonesia .

Pentas yang besar dan kelihatan ringkas dengan cuma ruang sedikit diletakkan dengan alatan musik juga tanpa berlatarbelakangkan skrin geragasi namun Luna Sea tetap berjaya memenuhi pentas dengan persembahan bertenaga mereka dan juga dibantu dengan ilustrasi lampu yang menarik sepanjang persembahan 2 jam tanpa henti. Ahli kumpulan juga bergerak bebas memenuhi pentas dan memaksimumkan interaksi bersama penonton. Konsert bermula dengan lagu 'Loveless' dan diikuti dengan 'Dejavu' sebelum Ryuichi mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada peminat yang hadir.

Mengabungkan lagu-lagu dari era permulaan mereka menubuhkan band sehinggakan lagu lagu terbaru selepas mereka bergabung semula. Mempamerkan keistimewaan masing masing juga diselangi  dengan persembahan solo. Sugizo memukau penonton dengan gemersikan violinnya untuk lagu 'Providence'. Lagu 'The End ofthe Dream' menyaksikan persembahan bass solo dari J dan Shinya turut membuatkan penonton bersorak dengan ketukan drum bertenaganya sebelum Ryuichi membawakan 'Storm' . Persembahan  diteruskandengan 'Desire', 'Rosier' dan diakhiri dengan 'Tonight'.

Bagai tidak mahu konsert berakhir, para peminat bersama sama mengalunkan melodi  lagu dari 'Love Song' yang merupakan inisiatif dari kelab peminat tempatan sebelum dewan bergema dengan jeritan untuk encore. Luna Sea kemudiannya kembali dan meneruskan persembahan dengan lagu yang bagai menjadi lagu wajib mereka iaitu 'I For You'. Mereka turut membuat penonton teruja dengan mengibarkan banner yang telah ditanda tangani penonton sebelum konsert bermula serta meletakkannya di hadapan drum dan sebelum meneruskan lagi encore dengan Believe . Konsert diakhiri dengan persembahan Wish. Luna sea kemudiannya berterima kasih kepada penonton dan tunduk sebelum menamatkan persembahan mereka.

Berakhirnya konsert ini, ia turut menandakan berakhirlah juga konsert siri jelajah Asia End of the Dream mereka setelah membuat persembahan di Taiwan, Hong kong dan Bangkok. Bersesuaian dengan tajuk jelajah kali ini, konsert ini turut mengakhiri penantian peminat di Singapura  untuk melihat Luna Sea beraksi serta mengotakan impian peminat konsert jelajah Asia ini untuk melihat mereka beraksi secara langsung dihadapan mata.  Fan services tidak berakhir di konsert, usai persembahan, Sugizo dan Inoran menulis status tweeter menggunakan bahasa Singlish mengenai persembahan mereka di Singapura.

Penghargaan diatas kejayaan konsert buat Honger Music yang  membawakan konsert Luna Sea End of Dream Asian Tour  ke Singapura.

Jutaan terima kasih juga buat Blackballoon serta 1hko Ent diatas jemputan media untuk liputan sepanjang konsert ini.


LUNA SEA SET LIST 02/08/2013 at Singapore The Star Theatre


1 LOVELESS
2 Dejavu
3 G.
4 END OF SORROW
5 TRUE BLUE
6 Rouge
7 gravity
8 Providence
9 MOON
10 The End of the Dream ~ Bass Solo
11 STORM ~ Dr Solo
12 DESIRE
13 ROSIER
14 TONIGHT
ENCORE
EN1 I for You
EN2 BELIEVE
EN3 WISH

Artikel oleh:  linome
Editor:  Isabel
Photo oleh : 1hko Ent Last edited by isabel on 15-3-2013 03:30 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2013 03:30 PM | Show all posts
tweet :







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2013 03:30 PM | Show all posts







gambar2 seterusnya boleh anda lihat di Asian Celebrities fb : http://www.facebook.com/media/se ... 02472532&type=3 Last edited by isabel on 15-3-2013 03:33 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2013 02:25 PM | Show all posts
bila la X-Japan nak singgah kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2013 09:07 AM | Show all posts
bila yamapi nak dtg malaysiaaaa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.090922 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list