CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6202|Reply: 4

Akta-Akta KPDNKK

[Copy link]
Post time 8-2-2013 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Salam Semua...

Cuma nak share sedikit info mengenai Akta-Akta yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.. Kali ni kita berkenalan dengan Akta Perlindungan Pengguna...

Akta Perlindungan Pengguna 1999 (APP)

Definisi Pengguna Mengikut APP
Seksyen 3 : Pengguna merujuk kepada seseorang yang mempeoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan untuk kegunaan diri, rumah tangga atau isi rumah

Seksyen 12 : Gambaran yang mengelirukan mengenai harga
Kebiasaan yang terjadi di mana-mana premis di Malaysia adalah perbezaan harga yang ketara. Contohnya, di atas rak tertulis harga bagi sebotol air ialah RM1.20 dan apabila pengguna membayar di kaunter, harga yang dicaj adalah RM1.50.


Seksyen 13 : Pengiklanan Umpanan
Pengiklanan umpanan kebiasannya terjadi pada musim jualan murah. Di dalam iklan di media massa, media cetak atau eletronik, satu set sofa berharga RM1000.00 tetapi apabila pengguna pergi ke premis tersebut, set sofa yang sama berharga RM2000.00


Seksyen 14 : Tawaran pemberian, hadiah atau benda percuma lain dengan niat untuk tidak mengadakannya
Setiap pemberian percuma, hadiah atau benda percuma lain perlulah disediakan secara terus oleh pihak penjual. Tidak ada syarat tambahan lain yang boleh dikenakan kepada pengguna. Contohnya, jika ingin hadiah percuma A, perlulah membeli barangan B.


Seksyen 15 : Dakwaan barang adalah terhad
Stok Barangan adalah Terhad!!!
Sementara Stok Masih Ada!!!
Para peniaga tidak boleh menggunakan pernyataan begini untuk menarik pelanggan. Jika mengikut Seksyen 15, peniaga yang ingin membuat pernyataan ini haruslah menyatakan berapakah lagi jumlah barangan yang ada.


Seksyen 16 : Menuntut atau menyetujui terima bayaran tanpa niat untuk membekalkannya
Ini juga biasa berlaku terutamanya dari segi pembelian secara online. Setiap urusniaga seharusnya dilakukan dengan betul dengan memberi bayaran dan menerima barangan atau perkhidmatan

Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Standard Keselamatan Bagi Mainan)
Kesemua barangan permainan untuk kanak-kanak haruslah dilekatkan dengan pelekat MC seperti di bawah ;




Last edited by kuppit on 8-2-2013 09:17 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2013 10:48 AM | Show all posts


pelekat MC tu pe ye

boleh explain tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2013 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
yeepi_33 posted on 9-2-2013 10:48 AM
pelekat MC tu pe ye

boleh explain tak?

nnti tggu aku masuk keja aku explainkan k
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2013 05:58 AM | Show all posts
Akta ni untuk memenohi ....undang2 sebuah Negara ....menunjukkan Negara itu dah maju...konon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2013 10:39 AM | Show all posts
yeepi_33 posted on 9-2-2013 10:48 AM
pelekat MC tu pe ye

boleh explain tak?

yepp, terima kasih kerana bertanya.

MC adalah bermaksud Malaysia Conformity yang mana setiap permainan untuk kanak-kanak haruslah dilekatkan dengan pelekat MC ni bagi menjamin keselamatan sesuatu permainan tersebut dan memenuhi hak pengguna untuk Mendapat Keselamatan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.037210 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list