CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7177|Reply: 12

Ujian JPJ berkomputer harus disemak semula!

[Copy link]
Post time 26-1-2013 12:57 AM | Show all posts |Read mode
Baru2 ni makcik punya hasben, gi amik test JPJ. Ya lah, makcik punya asben foreigner la! jadi dia ambik JPJ test bahasa omputih. Jadi dia gi la ambik ujian JPJ for the first time. Dia baca buku dah tak bermasyarakat dengan makcik. software JPJ test bahasa inggeris dia jawab berkali2. Tapi dari software yang dia practice tu, makcik yg berpengalaman bwk kete 12tahun pun boleh fail. Gila ah punya payah. tak mcm ujian bertulis pakai kertas tahun 1998 makcik ambik dulu!. Tapi ada berapa benda makcik dan asben makcik tak puas hati dengan soklan JPJ nih.

1. Dalam buku RM10 KPP kata simbol ni bermaksud lain, tapi dlm ujian komputer jawapan nya lain. (nnt makcik ada masa makcik nak upload gambar)

2. Tujuan buat soklan susah payah ni, supaya pemandu ni memahami undang2 jalan raya. Jadi tolong fokuskan mengenai keselamatan. Apa pasal mau tanya, had manakah alkohol dibenarkan semasa memandu. a)53mg b) ??mg c)??mg d) 103mg. Jawapannya 103mg. Apahal mau tau ini semua, kita semua tahu dont drink and drive. Berapa nilai alkohol buat apa kita mau tauw, itu kan kerja polis trafik. Kami bukannya mau jadi polis trafik

3. Buat soalan straight to point udah ler. Jangan la auta sana sini, contohnya, semua kenyataan ini BETUL cari yg SALAH. Tak ke bangang, nak buat tricky aper hal? buat susahkan idup org je. Tak semua orang belajar tahap Universiti!!!

4. Makcik punya kazen ambik exam komputer melayu/inggeris masuk kali ke 7 tak lepas2.

5. Nak buat payah2 ni perhal? JPJ mau buat income lebih ke? orang bila dah fade up, mula la cari alternatif lain, contohnye bayar je kat penyamun JPJ ni, nnt dia 'tolong' jalan blkg!

6. Sekarang ni budak motor bwk motor mcm pelesit, selalu saja kena tahan polis sbb takde lesen. Mana tak nye, sekolah tak tinggi, nak ambik lesen secara halal susah. BIla kena tahan polis trafik takde lesen, polis ada la income lebih sikit!

7. Apa jenis peperiiksaan, anda takleh review soalan apa yg betul/salah. Just bagi markah je mengikut section A/B/C. Sekurang2 nya kena bagi tau student, kat mana problem. So the next time punya test dia tahu kat mana dia punya salah!.

Itu saja aduan makcik... sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2013 01:44 AM | Show all posts
hihi.. susah sgt ke soalan berkomputer? sy yg muda ni pun lulus budak muda mungkin blh lulus. org2 tua mngkn pemikiran tak setajam atau logik org muda
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2013 07:21 AM | Show all posts
aku amik skali je .. ujian berkomputer gak..  slh 4 kalo x silap

tp sblom amik lesen,aku mmg  dh pandai bawak keta/moto skit2..heheh Last edited by cmf_death on 26-1-2013 07:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 10:12 AM | Show all posts
Semua nak senang susah gak la.... Kucing xde kepala pun boleh lulus bak kata ravi dlm pi mai pi mai tang tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 01:09 PM | Show all posts
Kalau berkali x lulus ujian komputer blh mintak buat ujian lisan jer.... tapi kakak aku yg x habis sekolah pun ambik test sekali, terus lulus..... Last edited by kenyir on 31-1-2013 01:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 04:15 PM | Show all posts
Untunglah ada software nak practice. Saya dulu takdak pun

Rasanya ujian komputer ni taklah susah mana pun. Provided hasben makcik study bebetul buku yang dibagi tu. Kat belakang tu siap ada sampel soalan kan. Ada soalan ujian keluar sebijik sijibon lagik.

Dulu saya gagal pertama kali, 1 markah je lagik nak lepas Gigih la bayar RM50 untuk ulang dan syukur, lepas

Bendanya tak susah mana pun. Kalau semua nak senang takyah amek lesen ler

Ok la tu ujiannya bagi soalan objektif. Kalau disuruh buat esei?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2013 01:15 AM | Show all posts
cik.panda posted on 1-2-2013 04:15 PM
Untunglah ada software nak practice. Saya dulu takdak pun

Rasanya ujian komputer ni taklah sus ...

wa x sggup klu ade soalan esei.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2013 10:09 PM | Show all posts
Hahaha teringat masa amik test komputer tu... full marks... sume betul.. cikgu sek memandu tu pun terkezut...hahahhaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2013 10:19 PM | Show all posts
buku KPP tu memang tak leh pakai. jawapan byk salah...ejaan pun byk tunggang langgang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-3-2013 05:26 PM | Show all posts
OK laki makcik dah 11 kali ambik exam. Masih fail dengan markah 40/41. Hasben makcik pun dah konpius apa salahnya. Ada kala Seksyen C yg byk salah, ada kala seksyen B yg byk salah. Ada kala seksyen A yg byk salah. Dia pun tk paham mana weakness sebab dia kata kat aku dia dah jawab semua. Setiap kali masuk exam Cina beng tu selalu tanya dia, nak pas tak kali ni? nak pas tak kali ni? Laki aku dok saspek pegawai komputer kat depan tu main2 kan markah dia supaya di sentiasa fail. Aku asyik dok semangat, cuba lagi cuba lagi.

Last sekali laki aku merayu kat driving school, mcm mana nak pass kali ni. So minah kat driving school bagi no phone "penyamun" myspeed kat malaysia. Aku call je, aku ckp la laki aku fail 11 kali. Oh dia tanya aku, oh boleh 'tolong'. Disebabkan laki aku pemegang passport, dia boleh "tolong" aku dengan bayaran RM1,200. Aku pun pelik, mcm mana cara menolong tu.

Begini ayatnya. Mcm ni, laki awak masuk dalam exam, jawab mcm biasa. Nnt kat komputer kami buatkan dia lulus. Astaghfirullah, yang dealing aku tu melayu. of course la Islam. Sampai hati korang sanggup makan duit haram. Sanggup korang memainkan foreigner supaya jangan lulus komputer exam. Supaya kitorang buat desperate measure utk bayar korang RM1,200.

Dah lama aku saspek komputer exam ni mcm haram. Mana pegawai JPJ yang langsung tak monitor komputer exam ni langsung.

Takper aku akan bayar RM1,200 ni dulu. Aku akan mintak bukti pembayaran. Bila laki aku dapat lesen je, aku buat aduan kat SPRM atau jounalist antarabangsa... Sial la korang staf2 kat myspeed.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 10:35 PM | Show all posts
matcit, yang matcit komplen ni pasal bahagian undang2 kan? memang wajar pun soklan dia macm tu. budak 17 taun pun boleh lulus? btw husban macit umo brapa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2013 11:12 PM | Show all posts
Dh lama kot org komplen pasal ni, sejak dulu2 lagi... gitu gk .. xder sesaper ker nk bangkitkan kat parlimen?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2013 09:12 PM | Show all posts
Laki makcik sorang aje ke yg manjang fail tu? Yg lain2 tu kantoi jugak ke? Kalau ramai2 kantoi mungkin modul soalan tu yg salah. Macam tak logik la plak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.063854 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list