Patutla senyap jer Juara Kpop star hunt 2 ni rupanya Ling Ling masih berada Thailand habiskan study dia...dr sumber2 mengatakan Ling Ling now doesn't have any offer but there are reserved projects for her...
As we have announced a few days ago, KPOP Star Hunt Season 2 finalists will be greeting our beloved readers and to tease you guys, here is the first greeting video from the 22 year old and top 3 of KPOP Star Hunt Season 2, Sheila Mae Eunice Oña a.k.a Sam.
Sheila is currently in the Philippines and is busy recording a song with Basilyo who is a fliptop rapper in the country. She is also a trainee in the Philippines and will be having some projects in the future.
Kejayaan dua anak watan Yuna dan Shila Amzah di pentas antarabangsa jelas membuktikan tiada apa yang mustahil dicapai dengan usaha dan kegigihan.
Selain mereka, ramai lagi bakat seni tempatan yang terus mengintai peluang dan masa terbaik untuk menonjol. Perihal serupa kini diraih pula bakat muda bergelar Erul yang berjuang atas kapasiti muzik KPop.
Erul atau nama sebenarnya Khairul Najmuddin Abu Samah mungkin belum gah mana tetapi kerjaya seninya makin berkembang. Kejayaan bergelar naib juara pertandingan K-pop Star Hunt musim kedua di Korea Selatan pada Disember tahun lalu tidak perlu disangkal.
Pencapaian itu bukan saja membanggakan kita malah membuka jalan kepada anak muda ini mengembangkan kerjaya di negara itu.
“Usaha saya mengasah potensi dan mencari ilmu menerusi pertandingan itu membuahkan hasil yang membanggakan. Apa yang boleh saya katakan, akan ada projek besar yang menanti saya di sana. Buat masa ini, saya tidak boleh dedahkan kepada umum kerana terikat dengan kontrak.
“Tunggulah dalam masa sebulan dua, saya akan terbang ke sana semula untuk memulakan projek itu,” katanya kepada RAP, baru-baru ini.
Berkongsi mengenai kembaranya selama lebih dua bulan di bumi KPop itu, Erul mengakui, pengalaman dan ilmu yang dikutip di sana menjadikan dia semakin matang sebagai penghibur.
Katanya, selain dibimbing pada aspek nyanyian dan penampilan, kembara itu membuka potensi yang tidak pernah disedari ada dalam dirinya.
“Mungkin pengalaman saya di sana cukup singkat tetapi saya belajar dan didedahkan dengan banyak perkara yang tidak akan diperoleh di sini.
“Di sana, persiapan untuk bergelar bintang tidak semudah disangka tetapi orang baru perlu melalui proses pembelajaran dan persiapan yang menyeluruh selama dua atau tiga tahun terlebih dulu.
“Saya akui masih mentah dan banyak lagi yang perlu dipelajari tetapi setidaknya saya kini semakin matang dan kemahiran nyanyian semakin meningkat,” katanya.
Ikuti kelas bahasa Korea
Apabila menyentuh mengenai KPop, kecantikan paras rupa dan penampilan memukau adalah elemen yang cukup sinonim dengan dunia hiburan itu.
Memandangkan Erul dijangka memulakan kerjaya di sana tidak lama lagi, dia lantas diusik mengenai suntikan kecantikan dan pembedahan plastik yang menjadi trend bagi segelintir artis di sana.
Erul mengakui, trend itu adalah perkara biasa yang didedahkan kepada semua artis di sana.
“Memang trend itu didedahkan kepada semua pendatang baru di Korea Selatan. Terpulanglah kepada individu sama ada untuk membuat pembedahan dan suntikan atau sebaliknya.
“Ini kerana ia bukan perkara wajib yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kepada artis. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian saya kebanyakan bakat baru di sana tidak memerlukan pembedahan kecantikan pun kerana mereka memang sudah cantik dan kacak,” katanya.
Jadi, dia tidak perlu melakukan suntikan atau pembedahan semata-mata untuk tampil lebih menarik dan kacak seiring dengan trend di sana.
“Saya tidak berani cakap tetapi kalau boleh saya tidak akan buat. Saya akan cuba pertahankan perkara itu sebagaimana saya pertahankan hak beribadat dan makanan halal sepanjang dua bulan di sana sebelum ini.
“Namun, satu aspek yang akan saya ubah dalam masa terdekat adalah bahagian gigi. Selain orang keliling, pihak di sana juga berpendapat adalah lebih menarik jika saya memakai pendakap gigi untuk mencantikkan strukturnya,” katanya.
Erul berkata, sebagai persiapan tambahan dia juga kembali menghadiri kelas bahasa Korea yang sudah lama ditinggalkan kerana kesibukannya sebelum ini.
“Penguasaan bahasa Korea kita cuma 30 peratus saja buat masa ini. Kalau hendak bina kerjaya di sana, saya perlu belajar lagi.
“Kalau dengan tahap penguasaan sekarang, ia hanya cukup-cukup makan untuk berkomunikasi dengan mereka,” katanya.
Sempat berkongsi mengenai perkembangan terbaru, Erul berkata, dia kini aktif berlakon bagi mengisi masa sementara menantikan panggilan dari Korea Selatan.
“Buat masa ini, saya beri tumpuan pada bidang lakonan memandangkan banyak tawaran diterima sejak pulang ke tanah air pada Januari lalu. Terus terang, saya semakin jatuh cinta pada lakonan dan nyanyian sekarang,” katanya yang bakal muncul dengan lagu terbaru berjudul Manusia Biasa tidak lama lagi.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/28
As we promised, we would reveal the next video once our YouTube got 1250. Thanks to our loyal readers as we have reached over 1250 subscribers.
After revealing the first greeting video from Sheila Mae Eunice Oña a.k.a Sam, here comes the second video from Rendy Lauwady. KPOP Star Hunt Season 2 top 8 Rendy Lauwady greets our beloved readers.
Rendy is currently in Indonesia and is busy preparing for his album and debut in September. Show him a lot of love and support by following his official accounts:
chikuyotei posted on 30-5-2013 05:26 PM
Antara CJ E& M atau CUBE..kalau CUBE sangat lah bertuah sbb CUBE tu ramai nama2 besar...lg2 RAIN ...
cj e&m focus more on movie and drama sebab dorg ada sub ent company CCM dgn FNC
baru2 neh jer dorg start recruit singers lepas dorg launch superstar k
yg me tau roy kim, busker busker under cj e&m
KPOP STAR HUNT SEASON 3 dh nak mula
kali neh siapa menang akan signed dgn CJ E& M & dpt full training dgn FNC Entertainment,home of cnblue,ft island,juniel and aoa
Kpop Star Hunt season 3 is organized by Channel M jointly owned by CJ E&M and FOX International Channel. Full training provided by FNC ENTERTAINMENT.
KPOP STAR HUNT 3’s winner will get to sign a contract with CJ E&M and FNC Entertainment, fully training support under FNC Entertainment.
Winner will also get to do duet song with FNC artist, solo debut in Korea and/or native country, perform on Global M! Countdown.
The overall winner will be offered an opportunity to be trained within the Korean vigorous artist development system for 6-12 months period.
The lucky 10 contestants will experience fully training support from FNC Entertainment in South Korea.
Kpop Star Hunt season 3 will still be airing on its original channel, Channel M across Asia and Star World Channel afterwards.
Follow @kpopstarhunt3 on twitter for more update ^^
better bukak thread baru kot utk kpopstarhunt 3 biar tak tercampur cerita..
wakil malaysia utk kpopstarhunt 3 dah tau ahad lepas.. si Ryan yg pegi audition tahun lepas sampai ke vietnam tu yg dapat dgn Putri yg masuk Super Star K4