Terpaksa gigih banyak nak tulis review sebab lama sangat dah aku tengok drama ni. Tambahan pulak cite ni tak la terlalu best untuk kekal segar dalam memori jangka panjang aku. Walaubagaimanapun aku dah try recall sebaikyg boleh.. so ini ulasan aku. cc: @dauswq
Rating Keseluruhan Drama = 6 + 8 + 6 + 4 + 3 = 6.75
1. Cerita (6/10)
- Han Se Kyung ialah seorang gadis biasa yg kurang berkemampuan tapi sangat jujur,tabah, gigih & sentiasa berpegang pada prinsip ‘The effort is my strength’. Lama-kelamaan, dia akhirnya letih hidup dlm keadaan tersebut lalu bertindak mengambil jalan mudah bagi mengubah nasibnya – iaitu dgn cara mencari lelaki kaya untuk dijadikan suami. Bermulalah kehidupannya sebagai “Alice” yang masuk ke dalam dunia asing penuh keajaiban (wonderland) dan dunia tersebut adalah Cheongdamdong - sebuah kawasan kediaman orang kaya yg juga pusat perniagaan serta fesyen di Seoul. Di dalam dunia Cheongdamdong, “Alice” mengalami konflik diri dan dihantui perasaan bersalah apabila dia benar2 jatuh cinta dengan seorang lelaki kaya bernama Cha Seung Jo atau nama glemernya Jean Thierry Cha.
- Cha Seung Jo ialah anak seorang kaya yg berseteru dgn bapaknya. Dia memulaukan diri dari keluarga, pergi ke luar negara dan bermula dari nothing, dia berjaya menjadi presiden Artemis, sebuah sykt fesyen ygmengeluarkan jenama mewah yg popular. Seung Jo pernah dikecewakan oleh seorang perempuan materialistik bernama Yoon Joo dan sejak itu dia hilang kepercayaan pada wanita. Akhirnya dia jatuh cinta pada Se Kyung yg dianggapnya gadis Candy yg jujur, tanpa mengetahui dia sebenarnya telah terpedaya untuk kali kedua. - Bagi aku penggunaan kisah dongeng Alice in Wonderland untuk diaplikasikandgn jalan cerita tak memberi banyak impak sebaliknya agak mengelirukan. Aku tak berapa boleh connect watak Alice, White Rabbit dan Candy dgn dunia fesyen yg menjadi latarbelakang cerita. - Permulaan cerita best, tapi pertengahan agak bosan bila SeKyung asyik emo, rasa bersalah, pastu ulang alik jumpa Tommy Hong (White Rabbit) dan bla bla bla.. Plot cerita mcm berkisar kat situ je.. and not much tension, sebab isu yg diutarakan tak cukup problematic untuk mengujakan jalan cerita. - Ending cerita memuaskan dimana setiap watak developed dgn baik. Se Kyung kembali menjadi dirinya yg asal, berusaha dan berdikari rather than mengharap prince charming utk mengubah nasibnya. Seung Jo, walaupun kecewa bila mengetahui Se Kyung sama seperti wanita2 materialistik yg lain, akhirnya dipenghujung cerita dia dapat menerima Se Kyung seadanya. Seung Jo juga tidak lagi bermusuh dgn bapanya bila dia sedar bapanya sebenarnya sayangkannya. - Agak susah nak memahami mesej yg cuba disampaikan dlm cerita ni. Walaupun tak paham 100%, tapi aku rasa yg nak cuba disampaikan ialah: Dizaman serba moden ini, kita tidak mampu menidakkan kepentingan material. Cinta dan kepentingan material berjalan seiring, tapi yg lebih penting ialah cubauntuk hidup sebaik mungkin, sejujur mungkin, berdikari seboleh yg mungkin dan try adapt dgn keadaan semasa untuk continue living. Tah la..sebenarnya aku pun tak berapa paham citer ni..paham part Shi Hoo tergeleng2 je..
2. Keberkesanan Lakonan (8/10)
Moon Geun Young (Han Se Kyung) - Pada pendapat aku, lakonan MGY dlm cerita ni adalah yg paling kurang meninggalkan kesan kalau dibandingkan dgn lakonan2nya sebelum ni yg memang ternyata outstanding. - Aku rasa dalam drama ni dia tak berapa berjaya menzahirkan“jiwa kacau” tu supaya nampak cool, sebaliknya end up menjadi watak yg gloomy yg annoying. - Walaubagaimanapun, lakonan tetap bagus, especially bila scene sedih, memang turut sama2 sedih tengok ekspresi mukanya
Park Si Hoo (Cha Seung Jo/Jean Thierry Cha)
- Antara watak paling memorable bagi aku dalam Kdramaland . Sampai bila2 takkan boleh lupa Jean Thierry Cha yg sengal dan psiko tapi comel sesangat tu.. Memang trademark sangat kepala tergeleng2 dan tarian ala Barbara Streisand tu untuk watak Jean Thierry Cha dan aku tak boleh bayangkan orang lain buat aksi ni dgn perfect selain PSH. - Lakonan sangat jjang, sentiasa jjang.. sayang sangat kenapala oppa aku ni buat skandal pulak…haizz.. - Antara kecomelan Jean Thierry Cha pada mata aku;
- Pencalonan untuk Best Actor category.
- Bila google gambar2 ni rindu lak tengok PSH berlakon, nasib baik sekarang ada cite Princess Man kat tv, so boleh la layan..
Seo Yi Hyun (Seo Yoon Joo) - Watak sebagai ex-classmate yg juga rival Se Kyung, notdoing well in school tapi akhirnya hidup mewah setelah berkahwin dgn lelakikaya Cheongdamdong. Juga merupakan trigger factor yg menyebabkan Se Kyung mengubah prinsip hidup daripada jujur menjadi hipokrit & materialistik. - Walaupun dia niwatak antagonis, tapi aku rasa watak ni cool! Time jahat walaupun menjengkelkan, tapi tetap maintain comel dan boleh senyum dgn manis sekali. - Boleh menyampaikan emosi dgn baik dalam setiap scenes – jealous, berlagak, takut, nervous etc. - Pencalonan untuk Best Supporting Actress.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan,sinematografi) (6/10) - Lakon layar, teknik pengarahan dan sinematografi semua aku kategorikan sebagai sederhana.
4. Skor muzik (4/5)
- Agak menarik. OST pun best. Antara feveret aku ialah Daddy Long Legs(BaekAh Yeon) dan Every Single Day (Rain Shower)
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (3/5)
- Boleh ditonton semula dgn syarat kena skip2 part bosan.
Last edited by manganini on 6-12-2013 08:42 AM
|