hari ni last buat review kan.. berjaya jugak aku abiskan drama ni sebelum new year.. from winter to another winter nampaknya aku tengok cerita ni kekeke @dauswq terima kasih atas segala tacang selama ini.. hepi new year to u
Rating Keseluruhan Drama: (7.875/10)
1. Cerita (8/10)
- Ceritanya menarik – kisah Oh Young, heiress yg buta, depressed & lonely dengan Oh Soo, seorang gambler yg ambik kesempatan atas keadaan tu dgn menyamar sebagai abang kandung Oh Young bagi mendapatkan wang sebanyak7.8 billion. Tapi akhirnya Oh Young & Oh Soo jatuh cinta, dan dari situ OhSoo berubah jadi lebih baik untuk jadi lelaki yg humane di mata Oh Young. Dan OhYoung yg sebelum ini helpless & hopeless dgn kehidupannya mendapat kekuatan untuk meneruskan hidup dgn adanya Oh Soo. - Peralihan plot cerita kemas dan teliti, tapi boring masa awal2 cerita, lebih2 lagi untuk orang yg kurang minat melodrama mcm aku ni. Agak meleret2 bila Youngie asyik buat perangai dan nak bunuh diri, tapi nak buat camna kan, dah ceritanya mcm tu, terima aje la - Cerita mula menarik & suspen bila dah episode 11 ke kalau tak silap - bila Youngie tau yg Oh Soo tu bukan abang kandungnya, bila dua2nya tau yg mereka saling mencintai bukan sebagai abang dan adik, dan Oh Soo sanggup perjudikan nyawanya utk Youngie - Ending yg terlalu simple bagi aku, boleh diagak Oh Soo akan jadi baik dan Moo Chul akan “dikorbankan” dlm cerita ni supaya watak utama can live happily together
2. Keberkesanan Lakonan (9/10)
Jo In Sung (Oh Soo) - Boleh menyampaikan emosi dgn sangat baik, nampak spontan & tidak nampak try too hard (effortless) - Sangat suka cara dia mengekspresskan rasa cinta yg tak kesampaian kat Youngie - sangat bittersweet dan menyentuh hati - Boleh nampak dia ni experienced & ada cara lakonan dia yg tersendiri yg mempesonakan - Dipendekkan cerita, lakonan dia yg sangat bagus ni mempu menyebabkan aku lupa kat aksi dia yg menyakitkan ati dalam err.. Frozen Flower ..
- Pencalonan untuk Best Actor
Song Hye Kyo (Oh Young) - Lakonan yg sangat detail sebagai gadis buta – gerakan tangan, cara berjalan, cara pakai lipstick etc –impressive - Boleh sampaikan konflik dalaman character ni dgnbaik sekali – blind but strong & independent, tapi dlm masa yg sama dia juga kesian, weak, lonely, depressed, agak spoilt & annoying - Pujian untuk couple ni sebab boleh sampaikan perasaan cinta tu kepada penonton walaupun tak banyak scene lovey dovey (lebih banyak scene abang&adik) – maka tak hairan la oxygen couple ni ramai shippers - Pencalonan untuk Best Actress
Kim Bum (Jin Sung) - Lakonan boleh tahan bagus, tapi tidak lah sehebat hero & heroin di atas - Hmm..layak la untuk pencalonan Best SupportingActor
Jung Eun Ji (Hee Sun) - Lakonan dia ni sangat hebat dalam Reply 1997 sebagai gadis tomboy. Tapi rupanya dlm drama ni nampaknya lakonan dia masih perlu penambahbaikan especially part nangis2. Imej dia dlm Reply 1997 tu nampaknya masih stucked dgn dia dan belum nampak versatility. - Apapun masih look forward for her acting in future.
Kim Tae Woo (Moo Chul) - Macam biasa la, aku ni selalu impressed dgn lakonan penjahat2 dlm drama - Lakonan dia ni memang stylo dgn cara bercakap yg tersendiri tu - Walaupun watak dia tak besar dlm drama ni, tapi kehadirannya cukup meninggalkan kesan - Pencalonan untuk Best Supporting Actor
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknikpengarahan, sinematografi) (8/10)
- Sinematografi sangat cantik. Keindahan musim winter tu memang diaplikasi sepenuhnya dlm drama ni, sesuai dgn tajuk cerita & jalan cerita - Scene2 ni cantik:
- Peralihan slot mcm aku tulis kat atas - kemas tapi agak slow & boring di awal cerita
4. Skor muzik (4/5)
- Music instrumental sangat2 membantu menyampaikan emosi cerita ini - Lagu2 yg sedap, ditambah dgn lirik2 yg touching - sangat kena dgn watak & jalan cerita - Motip sangat aku baru nak download & syok kat lagu2 dlm drama ni, memang ketinggalan sungguh
- Lagu favourite: Winter Love (The One) Snowflake (Gummy) And One (SNSD Taeyeon)
5.Kebarangkalian untuk tontonan semula (2.5/5)
- Sedang2 je keinginan nak menonton semula
Last edited by manganini on 31-12-2013 03:58 PM
|