CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6547|Reply: 6

MALAM KONSERT BERFESYEN YANG GEMILANG OLEH BIG BANG DI SINGAPURA

[Copy link]
Post time 16-10-2012 12:30 PM | Show all posts |Read mode

2012, 28 September : Bertempat di Stadium Tertutup Singapura. Kumpulan Big Bang telah mengotakan janji mereka kepada ‘VIP’ Singapura untuk datang lagi dan kali ini mengadakan konsert penuh mereka sendiri kerana sebelum ini mereka pernah datang tapi hanya berkongsi pentas bersama dengan artis lain. Kedatangan mereka yang diumumkan oleh pengajur Launch Entertainment & Lushington Entertainments dan ditaja oleh Samsung GALAXY SIII betul-betul telah membuatkan peminat gembira tidak terhinga sehinggakan ketika pelancaran ticket, ticket terjual habis dalam masa 15 minit saja untuk hari pertama dan kedua konsert. Desakan demi desakan dari peminat telah memaksa pengajur menambahkan lagi ticket untuk 'standing zone' disaat-saat akhir sebelum konsert.



Cari Malaysia telah diberi peluang menyaksikan sendiri koncert pertama mereka. Tepat pukul 7.15 ketika lampu stadium dimalapkan kelihatan lautan lampu berwarna kuning oleh 'VIP' memenuhi ruang stadium yang memuatkan hampir 10 ribu penonton menyambut kemunculan Big Bang yang penuh bergaya didalam sebuah kapsul dengan penampilan fesyen yang menarik diiringi oleh tema intro album mereka ‘ALIVE’ . Mempersembahan sebanyak 28 lagu secara ‘live’ dengan iringan pemusic dan penyanyi pengiring tanpa henti sepanjang 2 jam adalah sangat berbaloi tanpa kesal dengan setiap sen yang dibelanjakan.


G-Dragon aka GD sebagai ketua kumpulan merupakan tulang belakang utama Big Bang yang sangat creative juga perancang tema dan susun atur konsert mereka.  Jadi tidak salahlah mengapa beliau menjadi kesayangan ramai peminat kerna dia juga yang suka mendekatkan diri dengan peminat tanpa rasa takut sehingga sikapnya terkadang menimbulkan perasanan panik dan risau para ‘bodyguard’ kerena takut beliau dicederakan oleh peminat fanatik, namun begitu GD tetap seorang yang sampoi menghampiri peminat berjabat tangan sambil bergambar kerena beliau mempercayai peminatnya tidak akan mungkin melakukan perkara yang buruk terhadapnya.


Selain GD yang amat berani dalam berfesyen, T.O.P juga tidak kurangnya. Setiap fesyen yang digayakannya sering menjadi tarikan dan ikutan peminat ditambahan lagi suara garaunya yang sexy dan renungan matanya yang tajam sering membuat peminat menjadi histeria. Saya sendiri pernah membuat liputan persembahan Big Bang semasa kedatangan mereka pertama kali ke Singapura untuk 'Korean Pop Night Concert' pada tahun 2010.Dia pernah mengatakan bahawa dia adalah sangat pemalu bila bertentangan mata secara dekat dan untuk menetupi perasaan malunya dia akan merenung jauh ketengah lautan peminat. Dan ketika itu diri masih tertanya-tanya apakah TOP masih seperti dahulu? Tapi kelihatan semasa konsert apa lagi ketika duetnya bersama GD, dia sudah berani bertentangan mata malahan juga sudah berani turun mendekati peminatnya sendiri. Sepanjang persembahan terutama dipermulaan konsert dia kelihatan kurang selesa disebabkan balutan tebal pada tangan kanannya. Bagi yang tidak tahu TOP telah mengalami kecederaan semasa pengembaraan filem terbarunya ‘Alumi’ sehingga terpaksa menjalani pembedahan kecil dan membuatkan pengembaraan terpaksa ditangguhkan. Perkara ini selain menimbulkan kerisauan peminat dengan kecederaanya. Peminat di Singapura juga hampir sedih kerisauan kerena memikirkan beliau tidak akan muncul pada konsert tersebut. Namum TOP yang memang tidak suka menghampakan  peminatnya telah mengumumkan bahawa beliauakan akan tetap membuat persembahan bersama ahli lain kerana dia tahu konsert ini adalah sangat bermakna untuk peminat mereka di Singapura. Nah satu lagi bukit mengapa peminat sangat menyayangi Big Bang kerana mereka sangat ikhlas dan perihatin dan ini juga telah membuktikan lagi bertapa berbaloinya setiap sen yang anda belanjakan.


Taeyang pula yang mmg amat dikenali dengan tarian yang sangat sexy dan satu-satunya ahli yang memang gemar mempamirkan bentuk tubuhnya sehingga detik yang paling disukainya adalah mendekati peminat dan membiarkan mereka menyentuh tubuhnya dan sudah tentunya perkara sebegini juga sering membuatkan peminat hampir pengsan. Okey jangan berharap adegan sebegini berlaku pada konsert mereka di Malaysia ya. Inijuga salah satunya mengapa anda perlu menyaksikan konsert mereka diluar Malaysia dan negara yang paling terdekat adalah jiran kita iaitu Singapura. Persembahan solonya semasa menyanyikan lagu hitnya iaitu “Wedding Dress” dan “Look At Me” benar-benar membuatkan peminatnya tidak henti-henti menjerit. Taeyang juga merupakan ahli yang paling banyak bercakap dalam English walaupun tidak begitu fasih sempat memohon maaf kepada peminat.

maafkan saya sebab English saya tidak berapa bagus tapi saya sukakan tempat ini. Saya suka Singapore’

Deasung pula adalah ahli yang agak pendiam, tidak banyak bercakap selain GD dan TOP.  Matanya yang kecil dan sering tersenyum itu memang selalu membuatkan peminat jatuh sayang padanya. Malahan ahli lain juga sangat bersikap ‘protactive’ terhadapnya kerana semasa Daesung pernah terlibat dalam kemalangan sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal terbunuh pada tahun 2011, Big Bang hampir-hampir ingin membatalkan konsert mereka kerana mereka tidak ingin meneruskan konsert tanpa kehadiran Daesung. Selain TOP, beliau juga sering menjadi mangsa usikan Seungri dan Taeyang. Kemantapan vokalnya menyanyikan lagu solonya ‘Wings’ hampir membuatkan stadium diam tergamam dan menitiskan airmata. Apabila diakhir lagu dia dipakaikan sayap putih yg besar baru kedengaran teriakan memanggilnya "Angel Daesung".

Manakala ahli yang paling muda iaitu Seungri, dimana baru-baru ini mendapat begitu banyak perhatian dari media dan peminat kerna terlibat dengan skandal cinta bersama seorang model Jepun yang dikabarkan merupakan bekas teman wanita Jaycee Chan (anak kepada Jackie Chan) merupakan seorang yang sangat ceria. Dia juga adalah ahli yang paling banyak bercakap selepas Taeyang. Walaupun dia juga tidak berapa fasih bekomunikasi dalam bahasa English tetapi dialah yang sering bergurau senda menceriakan pentas membuatkan peminat bergelak ketawa. Berganding bahu dengan Teayang dan sesekali Daesung turut serta untuk membuli memaksa GD dan TOP supaya bercakap lebih banyak dengan peminat apalagi bila peminat semua menyokong tindakan Seungri, TOP terpaksa memberikan ucapan yang agak panjang dari biasa dalam bahasa Korea kepada peminat sebelum TOP tersipu-sipu tunduk malu.


Apa yang menarik pada konsert ini adalah selain dengan kemantapan vokal masing-masing bila mereka mempersembahkan lagu solo, fesyen pakaian ditonjolkan juga menjadi tarikan dan tumpuan,  sehinggakan YG Entertainment terpaksa menambah bilangan ‘merchandise' untuk "Alive Concert Tour" ini disebabkan kesemua apa yang dipakai terutama GD habis terjual pada kedua-dua hari konsert tersebut. Interaksi mereka dan kesungguhan mereka untuk berkomunikasi didalam bahasa English juga amat dipuji. Di masa permulaan konsert dan semasa persembahan solo Seungri terdapat sedikit gangguan pada mike tapi semuanya dapat diatasidengan masa yang singkat. Malahan Seungri juga sempat mengambil video shoot secara dekat setiap ahli dengan mengunakan Samsung Galaxy SIII untuk tetapan peminat yang kemudiannya dinaik turunkan di facebook resmi Big Bang. Disaat-saat penutup konsert juga Big Bang mengajak peminat bersama-sama mengimbau kenangan lama dengan menyanyikan beramai-ramai lagu ‘Haru Haru’ dan ‘Lies’ . Saat-saat berpisah inilah masa yang diambil oleh Big Bang mendekati peminat secara rapat tanda terima kasih tidak terhingga mereka diatas sokongan tanpa sempadan oleh peminat menjadikan konsert tersebut sangat sempurna sekali dan menjadikan kenangan terindah bagi VIP Singapura.


Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada pengajur Launch Entertainment & Lushington Entertainments, Live Nation bersama dengan YG Entertainment kerana sudi mengundang CARI Malaysia untuk menyaksikan konsert gemilang ini.


Senarai lagu pada malam konsert :


Alive (intro)
Tonight
Hands Up
Fantastic Baby
How Gee
Stupid Liar
Knock Out
High High
Strong Baby
What Can I Do
Gara Gara Go
NUMBER1
Cafe
Bad Boy
Blue
Love Song
MONSTER
Feeling
Just Look At Me
Wedding Dress
Wings
Haru-Haru
Lies
Last Farewell

Encore :
Heaven
Bad Boy/Fantastic Baby remix
Feeling

Artikel oleh : isabel
Gambar oleh : YG Entertainment

Last edited by isabel on 18-10-2012 10:05 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-10-2012 02:29 PM | Show all posts
a nite to remember by VIP
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2012 08:54 PM | Show all posts
kya!!!! best!!! gud job kak bel!!! nnti cover best2 utk mesia gak ek!
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2012 12:12 PM | Show all posts
great....best2!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 12:17 PM | Show all posts
great article k.bel...xsbr nk tggu concert kt Malaysia plak...melihat senarai2 lagu yg diorg menyanyi tu, rs cm bleh sing along...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2012 02:50 PM | Show all posts
good job kak bel!
utk concert kat msia nnt bole la kasi coverage yg lebih detail ya
psst...dengar kata nazim othman dpt backstage pass. he mentioned it on his twitter
jelessssss.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-10-2012 04:12 PM | Show all posts
happy sbb ko org suka artikel kbel ni...
tu nasib baik diberi peluang pegi utk 1st day concert je...
klu pegi 2nd day entah x tau mcm mana panjangnya review kbel...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.104201 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list