Walaupun terdapatnya banyak cuti umum (Hari Kelepasan Am) yang di wartakan di bawah Akta Hari Kelepasan Am 1951 di Malaysia, namun di bawah Akta Kerja 1955, majikan TIDAK DIWAJIBKAN memberikan cuti pada setiap cuti umum yang diwartakan itu kepada pekerja mereka. Majikan boleh memilih 10 cuti sahaja sebagai cuti berbayar dalam satu tahun calendar dengan 4 darinya MESTIlah terdiri dari:- - Hari Kebangsaan
- Hari Keputeraan YDP Agong
- Hari Keputeraan Raja-Raja/YDPertua Negeri atau Hari Wilayah jika pekerja bekerja di Wilayah Persekutuan
- Hari Pekerja
Baki enam cuti lagi boleh dipilih oleh majikan mengikut budi bicara mereka. Akan tetapi majikan wajib memberitahu pekerja melalui satu notis yang dipamerkan di tempat kerja sebelum bermulanya tahun kalendar yang baru. mungkin baki 6 hari lagi cuti tersebut adalah CNY, Xmas, New Year kut.. kena check ngan HR anda.. sebab setiap syarikat berbeza pemberian cuti kepada pekerjanya yer.. kena plak kalau company yg majoriti pekerjanya non-malay, mmg la tak menyambut hari raya dan nuzul quran..
|