CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3641|Reply: 2

T-ARA BAKAL BERTEMU PEMINAT DI MALAYSIA

[Copy link]
Post time 22-6-2012 01:30 PM | Show all posts |Read mode


T - ARA akan bakal mengadakan《T – ARA Showcase in Malaysia》 showcase di Malaysia untuk pertama kalinya. Showcase tersebut akan diadakan di Dewan Wawasan ,Menara PGRM, Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2012 (Rabu), pukul 8.30 malam.

T - ARA adalah merupakan kumpulan gadis Korea popular yang dibentuk oleh Core Contents Media pada tahun 2009. Pada mulanya terdiri daripada 7 orang ahli iaitu Lee Ji hyun, Jeon Boram, Park In Jung, Park Ji yeon, Ryu Hwa Young, Ham Eun-jung, dan Park Sun Young sehinggalah pengumuman resmi yang dibuat pada awal Jun dengan penembahan 2 ahli baru iaitu Areum dan Dani. Mereka telah menandatangani kontrak dengan syarikat pengurusan J ROCK untuk debut Jepun mereka dengan jumlah sebesar $ 4.3 juta dan merupakan jumlah kontrak tertinggi yang pernah dicapai oleh semua kumpulan gadis Korea yang pernah membuat debut di Jepun. Single pertama T - ARA bertajuk "Bo Peep Bo Peep" telah berada pada tempat pertama dalam carta Oricon mingguan dengan jumlah 49,712 salinan terjual dan ini telah menjadi rekod untuk pertama kalinya dalam sejarah kumpulan gadis Korea. T - ARA juga telah memenangi " Top Artist of 2011” di Anugerah Billboard Jepun pada 3 Mac 2012.

Persembahan yang menakjubkan ini dikhaskan  kepada anda , datang dan saksikan T-ARA pada 3 OKT 2012 dan menjadi yang pertama untuk merebut tiket anda. Harga tiket disenaraikan seperti berikut,



-VVIP (Lovey) – RM 683.00 + Percuma 1 T-shirt T-ARA and  1 Topi T-ARA (Jumlah tiket terhad),

-T1 (Dovey) – RM 383.00 + Percuma 1 Topi T-ARA (Tempat duduk bernombor),

-T2 (Roly) – RM 283.00 + Percuma 1 lanyard T-ARA (Tempat duduk bernombor),  

-T2 (Roly) Aras atas - (L) & (R) – RM 283.00+ Percuma 1 lanyard T-ARA (Tempat duduk bernombor),

-T3 (Poly) – RM 183.00 + Percuma 1 toiletries set Transfomer (Tempat duduk bebas),  

-T3 (Poly) Aras bawah – RM 183.00 +  Percuma 1 toiletries set Transfomer (Tempat duduk bebas),

-T4 (We were in Love) -  RM 103.00 (Tempat berdiri bebas)


* harga tiket termasuk RM3 yuran tiket*.

Penjualan tiket akan dibuka pada hari Isnin (25/06/12).

Jika perlu, sila hubungi kami untuk mengetahui lebih lanjut butiran


Bagi pembelian awal (Early bird) iaitu bermula daripada 25 Jun hingga 30 Jun akan mendapat diskaun sebanyak  10% atau hadiah percuma untuk setiap pembelian tiket [tidak termasuk tiket VVIP (Lovey) dan T4 (We were in Love)]. Ticket VVIP hanya boleh dibeli di pejabat Jazzy Group dan para  peminat 120 pertama yang membeli tiket VVIP(RM683) daripada Jazzy Group akan mendapat poster T-ARA + dapat berada di atas pentas untuk mendapatkan autograf.

Tiket hanya boleh didapati di semua cawangan kaunter Ticket Charge dan pejabat Jazzy Group sahaja.

Ikutilah bersama Jazzy Group Facebook, stesen radio rasmi One FM, Hot FM dan stesen televisyen rasmi  8tv untuk update berita terbaru T - ARA.
Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan prestasi yang hebat dari kumpulan gadis K-Pop kegemaran  anda di Malaysia. Dapatkan tiket anda sekarang juga dan jumpa anda di sana!

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami atau hubungi Hotline:

TicketCharge 03-9222 8811 / JazzyGroup 03-5622 1600 & 0162706253

(www.ticketcharge.com.my) / (www.jazzygroup.com).


p/s : jangan lambat mendapatkan ticket anda mana tau anda akan berpeluang untuk bertemu dengan 2 ahli baru T-ARA nanti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2012 02:02 PM | Show all posts
erkkk...kat menara pgrm tuh...nak pegi..tapi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2012 10:06 AM | Show all posts
Korg.. ni groupon ada bg discount. grab cpt.. Tiket RM103 dpt RM55 jer..

CLICK SINI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.056125 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list