CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3322|Reply: 15

About My Daughter

[Copy link]
Post time 3-6-2012 09:32 PM | Show all posts |Read mode
aku tak tahu lah sesuai atau tak aku nak buka topik mcm ni kat sini since aku masih baru dekat board ni.
mcm ni aku ada anak tunggal perempuan berusia 13tahun ni, dia form 1 skrang. dia mmg harapan
aku lah. dan aku harap dia boleh jadi berjaya dlm segala segi dan aku nak dia perfect,kira jadi
anak yg berguna. aku tahu bunyi agak klise,mcm aku sorang je ada anak kan. smua ibubapa nak
anak2 smua berguna kan.

anak aku sampai skrang walaupun umur dah 13tahun tapi badan dia mcm badan budak darjah 1 atau 2.
dia tak membesar. aku risau lah sbb sepatutnya budak umur 13tahun masa tue dh dtg haid. anak aku
sgt kurus kering. yes, dia makan tapi dlm kuantiti yg sedikit.

dulu anak aku lahir tak cukup bulan (7bulan). lepas tu dia duduk dlm akuviator selama 3 bulan.
so masa tue dia hanya bergantung pada susu ibu selama 2 tahun sbb bayi yg lahir tak cukup bulan
hanya boleh minum susu ibu sahaja.

anak aku nie lemah matematik, slalu dlm markah bawah 10. masa upsr hari tue dia takda A langsung.
anak aku ni dlm kategori tak pandai. aku sedih tau. sangat sedih.
aku kalau boleh masa form 4 nnti nak suruh dia tukar skolah mcm pergi mrsm ke, skolah
asrama penuh ke. sebab apa once dah pergi sana mmg masa depan boleh jadi cerah.
bukan aku nk cakap pergi skolah biasa tak boleh berjaya tapi aku nak dia pergi skolah elok sikitlah.

dan aku dengar skolah mulai skrang PMR dah dimansuhkan. boleh tak korang yg ada anak berjaya ni
cara korang didik anak korang atau anak korang sendiri yang jadi mcm tue? tolong bagi pendapat dan
nasihat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2012 10:39 PM | Show all posts
aku rasa aku memang tak blh tolong ko.sbb masalah aku pun adalah benda yg sama.nak anak pandai,nak dapat A,nak anak masuk skolah pandai2.aku pun nak tunggu pendapat dari orang lain..

tapi,part anak ko kurus tu ok apa.leh jadi model terkenal mcm nasha ajiz.ngko jugak yg tompang glamour sok.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2012 10:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by Andy47 at 3-6-2012 23:52

Saya tak boleh nak kata tumpang bersedih since saya tak nampak apa-apa yang salah atau mungkin kerana saya masih lagi belum mengalami situasi sedemikian.

Anak saya yang paling tua pun baru berumur 3 tahun ++. Namun saya ingin berkongsi pendapat peribadi saya.

Pada masa sekarang, kita telah diajar untuk menilai anak dari segi berjaya disekolah atau tak, markah peperiksaan dan sbgnya. Minta maaf bila saya kata saya tidak bersetuju.

Perjuangan saya adalah, kita semua tahu, yang manusia semuanya tidak sempurna dan berbeda antara satu sama lain. DAN, kita perlu terima hakikat bahawasanya tak semua akan cemerlang dalam akademik. Allah S.W.T dah jadikan kepelbagaian dalam hidup kita supaya semuanya seimbang.

Berjaya dalam bidang akademik bukanlah tiket untuk kehidupan yang lebih baik. Lainlah kalau kita ada persepsi lain dalam konteks 'Kesempurnaan Hidup'.

TAPI, bukanlah saya menolak terus kepentingan pendidikan. Itu juga penting dan harus diteruskan. Cuma ada yang akan berjaya dalam bidang kemahiran. Dalam kes puan, mungkin terlalu awal untuk menilai. Dan yang penting, JANGAN BERPUTUS ASA.  

Bagi saya, adalah penting untuk puan memastikan yang anak puan sihat .Cuba dalami minat anak puan. Perhatikan kemana kecenderungan minatnya. Jangan letak persepsi tidak baik ke atas dia...

Dalam soalan diatas, saya hanya beri perhatian kenapa dia belum datang bulan berbanding bout masalah pembelajarannya. Sebab bagi saya, kesihatan dia lebih penting. Cubalah consult dengan doctor ttg perkara ni. Saya lelaki, tak arif tentang bulan....

Ah, sebelum saya lupa, waktu sekolah dulu saya ada seorg kawan. Ketika kami di tingkatan 4, saiz dia, suara dia seperti belum baligh. Tapi result dia....is far far far better than me. So, spent a good time dengan dia. Dekati dia dengan lebih baik so u will found out cara pembelajaran yang dia akan minat. Just jgn buat dia boleh rasa yang u kecewa dengan dia.
Note : Jangan marah saya
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 12:52 AM | Show all posts
aku cikgu maths. pd aku setiap pelajar ada fitrahnya. dah anak tu kurang skit dlm bab calculation, tak pe lah. cuba cungkil minat dia. mana tau klu ada kemahiran tersembunyi. mcm melukis ke, main muzik ke.. mungkin dia cenderung dlm bidang bahasa.. fesyen.. zaman skrg ni payah nak cari kerja klu harapkan kelulusan akademik je. mesti ada kemahiran.
eh kalau dipupuk minat dia membaca novel, masuk pulak course penulisan kreatif, esok2 buka blog, bulih tulis  novel, terus ada org mintak dia publishkan novelnya.

zaman skrg ni, bukan jek parents, cikgu2 pun kdg2 kena layan angan2 students ni. sbb nya dari angan2 lah timbulnya cita-cita, lps tu baru lah ada usaha utk capai cita-cita. yg penting, kita kena beri sokongan. asalkan anak2 ni ada pendapatan yg halal utk masa depan depa sendiri.
kwn aku mula period masa form 5.. takde apa yg pelik kot klu tak period lagi masa umur 13  tahun. tp sbg ibu, apa salahnya bwk anak gi check up. jgn sedih-sedih.. nanti anak lagi ler terlebih sedihnya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 01:50 AM | Show all posts
Tentang period ni tak usahlah nak di kuatirkan sangat kecuali nak minta anak tu kawen ajer lepas tkt 3...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 07:02 AM | Show all posts
setiap orang ade tujuan die kat dunia..
jangan ingat sebab matematik je orang bleh berjaya..
kalo ikutkan, setiap manusia ade graph otak masing masing..
ade orang cepat pikap ade orang lambat pikap..
ade orang major otak kiri ade orang major otak kanan..
bende tu dah hardwired masa dalam kandungan lagi..
so jangan ikut ape kita nak, tapi bagi budak tu mengikut kesesuaian diri die..
macam albert einstein cakap la
“Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it will live its whole life believing that it is stupid.”
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2012 08:35 AM | Show all posts
Anak2 aku, alhamdulillah pandai... Tp awal2nyer, yg boy tu x berapa pandai maths...
Subjek lain cam sains ke.. Bm, bi sumer skor 90 above.. Tang math.. 50.. So aku phm la perasaan tt tang ni...
Aper aku buat.. Tetiap hari spend masa wat math ngn dier.. Beli mcm2 buku latihan utk dier.. Make sure dier phm konsep math tu sendiri.. Alhamdulillah skang dier dh ok.. Tp baru darjah 3.. So math dier takat tambah darab tolak bahagi jer... So, jgn give up.. Tp, jgn la hrp dier panda sendiri.. Jgn takat suruh jer, kiter s parents kene sama2 tolong dier jdi pndai...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 08:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by nurryn at 4-6-2012 10:32

Anak2 aku, alhamdulillah... Tp awal2nyer, yg boy tu x berapa pandai maths...
Subjek lain cam sains ke.. Bm, bi sumer skor 90 above.. Tang math.. 50.. So aku phm la perasaan tt tang ni...
Aper aku buat.. Tetiap hari spend masa wat math ngn dier.. Beli mcm2 buku latihan utk dier.. Make sure dier phm konsep math tu sendiri.. Alhamdulillah skang dier dh ok.. Tp baru darjah 3.. So math dier takat tambah darab tolak bahagi jer... So, jgn give up.. Tp, jgn la hrp dier panda sendiri.. Jgn takat suruh jer, kiter s parents kene sama2 tolong dier jdi pndai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2012 09:27 AM | Show all posts
cube TT cari ape bende yg anak TT minat sebenarnye...
budak2 ni kadang2 nampak je cam lemah dlm pelajaran, tp actually ade skill lain yg dia lebih dr org lain...
jgn push2 sgt anak TT tu... tkt dia stress pulak nnt... lagi teruk jadik nye kang...

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 09:28 AM | Show all posts
miss dulu bodoh je, selalu x dapat A dalam maths. pastu masa darjah 4, nasib miss berubah bila ditakdirkan jumpa cikgu yang pandai ajar maths. dia bersungguh2 ajar kami, kalau kami tak tahu, dia ajar dari awal. betapa komitednya dia dalam kerja sampai tiba2 je ramai pelajar dalam kelas tu dapat A dalam matematik.
terima kasih cikgu, kerana telah mengubah hidup saya
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 11:09 AM | Show all posts
my dotter pun gitu, umur dh 9 thn tp badan besar cam budak 6 thn. pernah gak tanya doktor ttg perkembangan ank yg perlahan ni tp doktor kata asalkan dia sihat oklah. i  breastfeedkan dia smpi umur 3 thn (itupun kena stopkan sbb i pregnant). Tang pelajaran alhmadulillah dia ok je. tang selera makan dia org pertama yg cari makanan bila bangun tido
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 12:34 PM | Show all posts
berikan dia kasih sayang, perhatian & sokongan sepenuhnya, mungkin belum masa untuk dia membalasnya, satu hari nanti insya Allah tapi bukan hari ini.

'Even the smallest person can change the course of the future.'
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2012 01:30 PM | Show all posts
Aku setuju ngan  Andy.. Mmg as parents kita nak anak kita pandai akademik.. Tapi setiap org xsama. Ada org xcemerlang masa mudanya... Tp bila dewasa, dpt myumbang sesuatu yg baik.

Pasal saiz badannya, jgnlah risau. Asalkan dia dpt cukup nutrien harian, dah ok pun. Kalau dia mkn sikit, kau belilah vitamins kat dia... Ada mcm2 jual kat farmasi tu..

Dan juga! Pada pengalaman aku, selalunya kalau anak2 yg kureng dlm akademik, drg biasanya excellent dlm bab pelajaran agama esp AlQuran. Kau jgn susah hati... Pegang lah kata2: " kdg2, Allah beri apa yg kita diperlukan, bukan apa yg kita hendak"

Manusia yg paling kaya adalah mereka yg menghafal AlQuran...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 02:03 AM | Show all posts
Mungkn anak kau tak pndai akademik, tapi pndai bab lain. Hoi. Setiap individu kat dunia ni berbeza kot.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 04:17 PM | Show all posts
Sekadar pandangan, setuju ngan pawangbuaya.

Manusia ada peranan dan cabaran masing2

Rasanya kena redha, senang cerita ada masanya kita kena hidup ngan masaalah itu, deal with it, perjalanan tu itu lebih penting dari hasil.

p/s : Ramai juga ibu2 yang tak nak anaknya membesar dan tinggalkan diaorang
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 09:11 PM | Show all posts
aku rasa samada dia lemah maths ke atau tidak tu soal kedua. tp lebih baik kamu tumpukan perhatian pd pertumbuhan ank awak dulu. dr cite kamu, ank  usia 13 tp kecil mcm bdk 7-8 thn dn kurang makan. knp awak tidak jpa doktor pakar kanak2 dn bincang masalah ttg ank awak ini ??.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.685622 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list