View: 327|Reply: 0
|
Rancang terbit bon Islam
[Copy link]
|
|
EMERY Oleochemicals, pengeluar bahan kimia tambahan plastik yang dihasilkan daripada minyak sawit, merancang mengumpul dana secara agresif sejajar pelan pengembangan global dan usahanya meneroka menjalinkan kerjasama dengan syarikat pengeluar minyak sawit utama di Indonesia, kata Ketua Eksekutifnya, Kongkrapan Intarajang.\rSyarikat usaha sama antara Sime Darby Bhd dan PTT Global Chemical Plc dari Thailand itu, sedang mengkaji semula rancangan menerbitkan bon Islam bernilai RM480 juta untuk memacu pertumbuhannya bagi memenuhi permintaan yang tinggi bagi oleokimia yang kini digunakan dalam penghasilan sabun dan produk farmaseutikal.\r\n\n\n\n\r“Pertumbuhan bakal diraih syarikat lebih besar daripada jangkaan. Kami harap dapat mengumumkan sesuatu pada suku kedua nanti,” katanya dalam temubual bersama Reuters pada Persidangan Minyak Sawit Bursa Malaysia di Kuala Lumpur.\r\r\n\n\n\n\nEmery Oleochemicals yang berpangkalan di Malaysia kini mempunyai kapasiti pengeluaran oleokimia kira-kira sejuta tan di kilangnya di Eropah, Amerika Syarikat dan Asia, menjadikannya antara pengeluar terbesar bahan kimia khusus dalam pengeluaran sabun dan kosmetik.\rTerbitan bon berasaskan syariah yang sepatutnya diterbitkan pada suku kedua tahun ini akan digunakannya untuk membiayai pembinaan tiga kilang di Malaysia dengan kapasiti keseluruhannya mampu mencapai antara 60,000 hingga 80,000 tan.\rSalah satu kilang itu dengan kapasiti pengeluaran 20,000 tan setahun akan mula beroperasi pada suku kedua tahun ini dan ia akan menghasilkan bahan tambahan polimer mesra alam yang digunakan dalam penghasilan plastik, kata Intarajang.\rIndonesia turut menawarkan peluang apabila negara itu baru-baru ini, menurunkan cukai eksport bagi penghasilan minyak sawit bagi membantu syarikat penapisan dan pemprosesan dalam industri minyak sawit meraih margin keuntungan yang lebih besar.\r\n\n\n\r“Ia bukan hanya berkaitan cukai tetapi Indonesia juga mempunyai lebih banyak bekalan bahan mentah. Kami kini meninjau rakan kongsi yang baik di Indonesia, ketika ini syarikat masih dalam fasa penerokaan dan perbincangan awal di sana.\r“Kami juga meninjau mana-mana syarikat perladangan Malaysia yang mempunyai operasi dan syarikat pegangan di Indonesia,” katanya.\rLangkah pengembangan Emery Oleochemicals itu timbul susulan peningkatan permintaan bagi produk di rumah dan penjagaan kesihatan di Asia, khususnya yang menggunakan oleokimia, seiring peningkatan dalam pendapatan dan pertubuhan ekonomi negara Asia yang berdaya tahan.\r“Kami bersandarkan kepada pertumbuhan di Asia. Memang wujud kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global, tetapi kami amat berdaya saing dan mempunyai hubungan yang baik dengan pelanggan dan pembekal,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|