CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 354|Reply: 0

Eksport negara Januari meningkat 0.4 peratus

[Copy link]
Post time 8-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
DI sebalik kelembapan ekonomi dunia, eksport Malaysia masih mampu mencatatkan pertumbuhan pada Januari lalu apabila ia berkembang 0.4 peratus kepada RM55.07 bilion, di sokong oleh peningkatan eksport ke negara serantau.\rJumlah import pada bulan berkenaan pula berkembang 3.3 peratus kepada RM46.32 bilion.\r\n\n\n\n\r  Ini menjadikan jumlah perdagangan negara pada Januari itu sebanyak RM101.39 bilion, iaitu peningkatan 1.7 peratus berbanding Januari tahun lalu.\r\r\n\n\n\n\n  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata peningkatan eksport pada Januari itu sebahagian besarnya disumbangkan kenaikan eksport produk petroleum bertapis dan gas asli cecair serta harga yang lebih tinggi bagi produk berkenaan, katanya.\rDi samping itu, beliau berkata, eksport besi, produk keluli, kimia dan produk kimia juga meningkat.\rMustapa berkata, Jepun, Singapura, China, Amerika Syarikat dan Thailand adalah lima destinasi utama eksport pada bulan berkenaan.\rEksport ke Asean berjumlah RM13.97 bilion, menyumbang 25.4 peratus jumlah eksport Malaysia pada Januari itu.\r\n\n\n\rJumlah eksport ke perkumpulan serantau 10 anggota itu mencatatkan kenaikan 1.2 peratus daripada Januari tahun lalu, terutama disebabkan eksport petroleum mentah, produk petroleum bertapis dan minyak sawit yang lebih tinggi.\rEksport ke Thailand meningkat 4.5 peratus berbanding tahun lalu dan 8.5 peratus pada Disember tahun lalu.\rEksport ke Jepun pula naik 26.6 peratus kepada RM7.8 bilion manakala ke Amerika Syarikat sebanyak satu peratus kepada RM4.59 bilion pada Januari.\rEksport ke China bagaimanapun susut 12.2 peratus kepada RM5.98 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terutamanya disebabkan oleh penyusutan dalam eksport petroleum mentah, getah serta barangan elektrik dan elektronik (E&E).\rPenurunan dalam produk E&E disebabkan oleh permintaan global yang lemah, kata beliau.\rMustapa berkata, eksport ke Kesatuan Eropah juga merosot 14.5 peratus kepada RM5 bilion hasil daripada eksport minyak sawit, produk E&E, logam perkilangan dan getah mentah yang lebih rendah.\rPasaran lain yang menunjukkan pertumbuhan eksport adalah Korea Selatan, yang mencatatkan kenaikan 22.6 peratus kepada RM2.49 bilion dan Australia dengan 22.3 peratus peningkatan kepada RM2.22 bilion, katanya.\rJumlah import dari negara anggota Asean berjumlah RM12.6 bilion atau 27.2 peratus daripada jumlah import Malaysia pada Januari itu.\rSementara itu, imbangan perdagangan bagi Januari berjumlah RM8.750 bilion berbanding dengan RM9.990 bilion pada Januari tahun lalu.\rMengulas perangkaan itu, Ketua Ahli Ekonomi RAM Holdings, Yeah Kim Leng berkata, pertumbuhan lemah eksport itu perlu ditampung oleh permintaan domestik jika Malaysia mahu mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi antara empat hingga peratus tahun ini.\r“Kelihatannya kelembapan ekonomi di Eropah terlah diterjemahkan kepada penurunan dalam eksport negara.\r“Apa yang lebih membimbangkan ialah eksport ke China yang secara tradisinya menjadi penyokong ekonomi negara juga telah merosot,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:02 AM GMT+8 , Processed in 0.538974 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list