View: 314|Reply: 0
|
Khidmat Shamsul Azhar dilanjut
[Copy link]
|
|
Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS setuju Wan Zulkiflee dilantik COO\rKONTRAK Presiden dan Ketua Eksekutif PETRONAS, Datuk Shamsul Azhar Abbas dilanjutkan selama dua tahun lagi bermula 10 Februari 2013.\r\n\n\n\n\r Ini diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada mesyuaratnya bersama pengurusan kanan PETRONAS semalam.\r\r\n\n\n\n\n Mengikut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri semalam, Najib dan Ahli Lembaga Pengarah PETRONAS turut bersetuju untuk melantik Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin ke jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) berkuat kuasa 1 April ini.\rBerikutan lanjutan kontrak dan pelantikan COO itu, Perdana Menteri menyuarakan keyakinannya bahawa Petronas akan terus melakar kejayaan yang lebih besar.\rShamsul Azhar, 58, dilantik menerajui syarikat minyak negara itu pada 10 Februari 2010 bagi menggantikan Tan Sri Mohd Hassan Marican.\rBeliau yang sebelum itu adalah Presiden dan Ketua Eksekutif MISC Bhd menyertai PETRONAS pada 1974 dan mempunyai pengalaman luas dalam industri petroleum di Malaysia dengan memegang beberapa jawatan kanan dalam syarikat minyak dan gas negara.\r\n\n\n\rWan Zulkiflee, 50 pula kini adalah Naib Presiden Eksekutif Perniagaan Hiliran PETRONAS. Beliau juga adalah Pengerusi Petronas Dagangan Bhd dan Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd.\rBeliau yang memegang Ijazah Kejuruteraan Kimia dari University of Adelaide, South Australia dan\rpernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan Fakulti Perniagaan Harvard menyertai PETRONAS pada 1983 sebagai jurutera proses dan terbabit dalam projek pelaksanaan serta operasi beberapa kemudahan memproses gas.\rSementara itu, sumber yang rapat dengan PETRONAS berkata, keputusan melanjutkan kontrak Shamsul Azhar untuk tempoh dua tahun melebihi Februari 2013 itu mencerminkan keperluan untuk mengekalkan kesinambungan dalam syarikat minyak negara itu.\r“Notis awal setahun itu juga menunjukkan keyakinan terhadap pasukan pengurusan PETRONAS di bawah kepemimpinan Shamsul.\r“Perdana Menteri juga menyambut baik cadangan Ahli Lembaga Pengarah untuk mewujudkan jawatan COO dan supaya Wan Zulkiflee menjawat jawatan itu.\r“Wan Zulkiflee bagaimanapun tidak sepatutnya dianggap sebagai “bakal pengganti” kerana apabila tiba masanya, Perdana Menteri sendiri akan memilih individu terbaik untuk jawatan itu.\r“Beliau mempunyai hak untuk melantik individu terbaik untuk jawatan berkenaan,” katanya.\rSementara itu sumber berkenaan berkata, Perdana Menteri juga mengumumkan bonus asas lima bulan gaji untuk semua 44,000 kakitangan PETRONAS, iaitu yang paling tinggi dalam sejarah syarikat minyak negara itu.\rBayaran itu adalah berdasarkan tahun kewangan yang dipendekkan selama sembilan bulan memandangkan PETRONAS sudah menukar akhir tahun kewangannya kepada Disember daripada Mac sebelum ini.\r“Jika berdasarkan jumlah tahunan, bonus itu sepatutnya adalah 6.7 bulan gaji, lebih baik daripada rekod tertinggi sebelum ini iaitu enam bulan,” katanya.\rPETRONAS kelmarin mengumumkan meraih keuntungan bersih RM55.6 bilion dalam tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2011, meningkat 10.8 peratus daripada RM50.2 bilion dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|