CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2924|Reply: 8

Life insurance conventional haram?

[Copy link]
Post time 5-3-2012 10:12 AM | Show all posts |Read mode
BOLEHKAH seseorang itu mengambil insurans nyawa atau insurans lain? Apakah hukumnya jika seseorang itu mengambil insurans bagi diri sendiri dan keluarganya?
KAMAL
Arau, Perlis




Insurans konvensional yang tidak mengandungi unsur perjudian, penipuan dan penindasan diharuskan oleh syarak, manakala insurans nyawa hukumnya haram.


Menurut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Kedua pada 1 hingga 2 Oktober 1970, insurans am iaitu selain daripada insurans nyawa adalah harus.

Jika hendak mengambil insurans, semak dulu sama ada syarikat terbabit mengikut syariah atau tidak. Biasanya syarikat insurans yang halal mesti mempunyai panel syariah sebagai rujukan dan pengawal segala aktiviti dijalankan.

* Nasib baik amik Takaful. Terkejut gak bila baca. Sbb hampir2 amik Prudential dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2012 05:43 PM | Show all posts
salam..penah amik prudential gak dlu..ade dalam 2 taun..tp skrg da xamik lg pas dgr isu ni...hmmmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2012 05:47 PM | Show all posts
kesian kan mereka yang dah terr amik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2012 10:54 AM | Show all posts
Kalau tak silap sy, ada dana islamic yg bole di pilih utk pelaburan insuran tuu
Kalau mcm tu jatuh haram jg ke tak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2012 12:07 PM | Show all posts
Reply 4# jenglut


    kena tanya orang lebih arif ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 03:43 PM | Show all posts
Ini yang latest, as of 2011. Haram untuk terima pampasan dari insurans konvensional 100%, yang boleh diambil ialah premium yang dah dibayar dan perlu agih secara faraid. Melainkan keluarga pembeli dari golongan fakir. Wallahualam


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.

2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.

3. Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.

4. Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (iii) di atas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2012 05:28 PM | Show all posts
Nak tanya:
Let say kalau polisi insuran tu dia hanya ada medical card konvensional, tp bila pemegang polisi masuk hospital dan bil tersebut di bayar oleh syarikat insuran konvensional kpd doc muslim di hospital swasta

Adakah di kira haram utk doc itu menerima byran bil utk rawatan pesakit tersebut yg menggunakan kad perubatan konvensional itu?

Harapa ada pencerahan
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya agent Prudential Bsn Takaful. Jika ada kwn2 sedang mencari plan Medical Card with saving atau plan Hibah serendah RM30/month,feel free to contact me di 013.3080.571. Trima kasih

P/s Prudentail - conventional
Prudential Bsn Takaful - Takaful.

Comments

dilarang mebuat iklan persendirian.  Post time 14-1-2017 12:06 AM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.151518 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list