View: 261|Reply: 0
|
Syria dituduh lancar pengintip komputer
[Copy link]
|
|
Virus ‘Trojan Horse’, ‘backdoor.breut’ mampu bersembunyi sebelum sebar maklumat\rBEIRUT: Pihak berkuasa Syria yang sedang menghadapi perang siber di dalam negara, bertindak mengeluarkan senjata baru untuk melawan aktivis pembangkang dengan melancarkan virus baru.\r\n\n\n\n\rKumpulan yang bertanggungjawab menghasilkan antivirus berpangkalan di Amerika Syarikat dalam analisisnya ke atas salah satu virus terbabit berkata ia dihasilkan untuk menjadi pengintip dan memberikan maklumat yang dicurinya dari komputer kepada pelayan di sebuah syarikat telekomunikasi kepunyaan kerajaan Syria.\r\r\n\n\n\n\nJuruteknik perisian Syria yang kini tinggal di Beirut, Dishad Othman, berkata dalam usahanya menangani aktivis pembangkang, penyokong Presiden Bashar al-Assad terlebih dulu mencuri identiti mereka sebelum menirunya dalam perbualan online untuk mendapatkan kepercayaan pengguna lain, menyalur virus Trojan Horse dan mendorong pengguna membukanya.\r“Selepas virus wujud di dalam komputer mangsa, malware ini akan mula mengirim maklumat kepada pihak ketiga. Ada dua malware dengan malware pertama dianggap amat sukar ditangani kerana ia boleh menyembunyikan dirinya sendiri,” katanya.\rBeliau berkata, virus kedua termasuk dalam kelompok virus sederhana yang muncul untuk mengukuhkan kekuatan virus pertama.\rPengurus kanan keselamatan firma antivirus Symantec Corporation, Vikram Thakur menggelarkan virus ini sebagai ‘backdoor.breut’.\r\n\n\n\rAktivis siber di Syria dan pengurus keselamatan teknologi maklumat IT California menyatakan kurangnya publisiti membolehkan kedua-dua malware terbabit terus menyembunyikan diri daripada mangsanya.\r“Kebanyakan orang menganggapnya sebagai fail rosak dan melupakannya. Virus backdoor. breut sendiri mengirim maklumat yang dicurinya dari komputer ke satu alamat dan selepas diperiksa kami mendapati ia adalah milik firma Pertubuhan Telekomunikasi Syria (STE).\rBagaimanapun, Thakur menekankan penemuan itu tidak bermakna kakitangan di STE menggodam program komputer lain dan pihaknya masih melakukan siasatan.\r“Apa yang pasti kerajaan Syria mempunyai akses kepada semua kegiatan melalui pelayan yang akan memberi seluruh maklumat. Pihak yang tidak mahu kerajaan mengetahui apa yang mereka lakukan pasti tidak akan menggunakan pelayan itu,” katanya.\rOthman pula mengingatkan pengguna di Syria agar sentiasa memperbaharui antivirus komputer masing-masing kerana Backdoor.breut biasanya akan mengakibatkan langkah keselamatan melawan virus tidak mampu bertahan lama. – Agensi
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|