CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

Undi Parlimen uji Ahmadinejad

[Copy link]
Post time 3-3-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
TEHRAN: Iran semalam memilih Parlimen baru dalam undian yang dianggap satu ujian baru kepada Presiden Mahmoud Ahmadinejad khususnya di kalangan golongan konservatif sejak pertikaian keputusan undi meletus pada 2009 yang memberi kuasa semula kepada Ahmadinejad.\rPemilihan kali ini adalah untuk mengisi 290 kerusi parlimen tetapi diboikot pembangkang utama dan kumpulan reformis selepas pemimpin mereka dikenakan tahanan rumah sejak setahun lalu.\r\n\n\n\n\r   Pemimpin agung Ayatollah Ali Khamenei, mengundi sejurus selepas pilihan raya bermula dengan menggesa 48 juta pengundi mengambil bahagian bagi menyokong ‘masa depan, prestij, keselamatan dan kekebalan negara,’ lapor televisyen tempatan.\r\r\n\n\n\n\n   Pengundian kali ini pada dasarnya adalah perjuangan antara konservatif yang menyokong Ahmadinejad dan pembangkang tegar yang membencinya. Masing-masing mendakwa kesetiaan tidak berbelah bagi kepada Khamenei.\rTidak seperti 2009 apabila kemenangan Ahmadinejad dipertikaikan, bantahan tidak dijangka dalam pengundian kali ini.\rNamun, ketua polis Iran, Ismail Ahmadi Moghaddam, berkata pasukan keselamatan  sedia   menghadapi  sebarang masalah. – AFP

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:05 AM GMT+8 , Processed in 0.040566 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list