|
BMW Group Malaysia yakin mampu meneruskan pertumbuhan jualan dua angka tahun ini selepas merekodkan jualan tertinggi sebanyak 5,604 unit tahun lalu, kata Pengarah Urusannya, Geoffrey Briscoe.\rBeliau berkata, keyakinan itu berdasarkan peningkatan berterusan permintaan bagi kenderaan mewah di negara ini walaupun ketika kelembapan ekonomi dunia susulan krisis kewangan di zon euro.\r\n\n\n\n\r “Pasaran negara ini memiliki potensi besar untuk meningkat pada masa akan datang didorong pengukuhan ekonomi serta nilai ringgit,” katanya pada sidang media selepas pelancaran dua varian baru BMW Z4 dan BMW M5 di Kuala Lumpur, semalam.\r\r\n\n\n\n\n Jumlah jualan yang dicatatkan BMW Group Malaysia tahun lalu itu adalah peningkatan 25 peratus berbanding 2010, membabitkan pelbagai model BMW, Mini dan Motorrad.\rBriscoe berkata, syarikat itu membuat permulaan yang baik bagi tahun ini apabila mencatat-kan jualan 471 unit pada Januari, iaitu peningkatan 14 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu.\r“Segmen kenderaan premium meneruskan momentum baik dan ia memberikan gambaran bahawa permintaan bagi model keluaran kami masih kukuh walaupun industri automotif secara keseluruhannya agak perlahan,” katanya.\rSementara itu, model Z4 yang dilancarkan BMW Malaysia semalam didatangkan dalam dua varian iaitu sDrive20i dan sDrive28i M Sport.\r\n\n\n\rDua varian Z4 itu dijual pada harga atas jalan termasuk BMW Service Inclusive dan Repair (BS+RI) tidak termasuk insurans masing-masing pada RM358,800 dan RM488,800.\rModel Z4 yang terkenal menerusi reka bentuk roadster dengan bumbung boleh dibuka itu digerakkan enjin petrol empat silinder dua liter turbo dengan teknologi BMW TwinPower Turbo yang mampu meningkatkan kuasa dan kecekapan penggunaan bahan api.\rKedua-dua varian itu dilengkapi pengawal injap boleh ubah VALVETRONIC turbocaj skrol berkembar dan kawalan aci sesondol boleh ubah Double-Vanos yang menjana 184 kuasa kuda (HP) dan kilasan 270 Nm bagi varian Drive20i dan 245 HP dan kilasan 350 Nm untuk sDrive28i M Sport.\rBagi M5 baru yang dijual pada harga RM898,800 tanpa BS+RI pula, ia menggunakan enjin V8 4.4 liter berkuasa tinggi dengan teknologi BMW M TwinPower Turbo termasuk dua turbocharger TwinScroll, manifold ekzos tunggal untuk setiap barisan silinder, sistem pancutan terus High Precision Injection, kawalan angkatan injap boleh ubah tanpa had VALVETRONIC dan kawalan aci sesondol boleh ubah Double-Vanos.\rDigerakkan ciri enjin revolusi tinggi, kuasa tarikan hebat, bunyi enjin agresif dan cekap, sedan versi sport generasi kelima dari BMW ini mampu memacu 560 HP, lebih 10 peratus berbanding enjin V10 terdahulu.\rBriscoe berkata, BMW Malaysia sudah menerima enam tempahan bagi Z4 dan M5 setakat ini, dengan 30 unit untuk kedua-dua model diimport sepenuhnya (CBU) dari Jerman itu sudah bersedia untuk dimiliki rakyat negara ini.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|