View: 221|Reply: 0
|
Abu Bakar seru pengikut hancur AS
[Copy link]
|
|
JAKARTA: Guru agama Indonesia, Abu Bakar Bashir menuduh Amerika Syarikat dalang menyebabkan hukuman terhadapnya ditambah selepas mahkamah tertinggi Indonesia menguatkuasakan semula hukuman 15 tahun penjara atas kesalahan terbabit dalam keganasan.\rAbu Bakar disifatkan sebagai pemimpin militan di Indonesia dan lantang menyokong perjuangan ala al-Qaeda tetapi sering menafikan dirinya pengganas.\r\n\n\n\n\r Beliau yang muncul untuk menjalani pembedahan katarak kedua di sebuah hospital mata di Jakarta menggesa pengikutnya berjuang menentang Amerika sehingga negara itu hancur.\r\r\n\n\n\n\n “Amerika adalah musuh Islam, jadi keputusan mahkamah terhadap saya semestinya arahan Amerika,” katanya ketika diiringi masuk ke dalam kenderaan polis.\r“Kita perlu terus menentang Amerika sehingga ia hancur.”\rJun lalu, sebuah mahkamah rendah Jun lalu menghukum penjara 15 tahun terhadapnya kerana dikaitkan dengan kesalahan keganasan dan membiayai sebuah pertubuhan pengganas di wilayah Aceh yang didakwa merancang serangan maut terhadap Barat dan ahli politik.\rRayuan kepada Mahkamah Tinggi meringankan hukuman kepada sembilan tahun kerana kekurangan bukti dan usianya yang lanjut tetapi Mahkamah Agung pada Isnin lalu memutuskan hukuman asal 15 tahun penjara dilaksanakan. – AFP
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|
|
|
|
|
|
| |
|