CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 271|Reply: 0

Ramai graduan wanita sia-siakan kepakaran

[Copy link]
Post time 26-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Hanya separuh lulusan IPT ceburi pasaran kerjaBANGI: Pemenang Hadiah Nobel Keamanan 2006, Prof Dr Muhammad Yunus berpendapat banyak bakat wanita di Malaysia yang menguasai sehingga 70 peratus kemasukan di institusi pengajian tinggi (IPT), menjadi sia-sia berikutan hanya sebahagian daripada mereka mengisi keperluan pasaran kerjaya.\n\n\n\n  Katanya, wanita terbabit terbukti mampu bersaing dalam cabaran melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, sekali gus memiliki ilmu pengetahuan yang dapat memberi sumbangan besar kepada negara dan masyarakat.\n\n\n\n\n\n  Beliau berkata, kekurangan peratusan wanita dalam pasaran kerjaya mungkin berpunca daripada faktor sistem sosial atau pun wanita berasa tidak selesa terutama untuk menceburi bidang profesional sehingga mewujudkan jurang gender bagi jawatan peringkat atasan.“Justeru, punca mengapa wanita kurang menceburi pasaran kerja walaupun menguasai kira-kira 70 peratus tempat di IPT, perlu dikaji secara mendalam supaya langkah wajar diambil untuk menanganinya.“Sebagai contoh bagaimana untuk membolehkan mereka berasa selesa menduduki jawatan peringkat atasan,” katanya kepada Berita Harian selepas menyertai Wacana Bitara Srikandi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini, semalam.Bagaimanapun, Muhammad yang juga Laureate Bermastautin UKM, bangga dengan pencapaian wanita Malaysia, termasuk menduduki jawatan tertinggi dalam pengurusan perniagaan dan pentadbiran universiti.\n\n\nKatanya, pencapaian itu memberi imej positif berbanding gambaran lazim diperoleh mengenai pembabitan wanita yang masih jauh ketinggalan di negara Islam.“Namun, kita tidak harus puas hati. Masih banyak harus dimanfaatkan seperti (meningkatkan kedudukan wanita) pada peringkat pembuat keputusan, CEO (ketua pegawai eksekutif) syarikat, supaya tiada lagi yang menyatakan pembabitan wanita masih jauh ketinggalan di negara Islam,” katanya.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.255000 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list