CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 138|Reply: 0

Kerajaan dengar denyut nadi, kehendak rakyat

[Copy link]
Post time 25-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
MELAKA TENGAH: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan pimpinannya akan terus mendengar denyut nadi rakyat dalam merancang dan melaksanakan setiap dasar, projek atau program pembangunan di negara ini termasuk menyediakan lebih banyak perumahan.\rPerdana Menteri berkata, sebagai kerajaan bertanggungjawab, segala perancangan yang dilakukan bukan sekadar menjadi sebutan politik atau untuk menghadapi pilihan raya umum, sebaliknya mengambil kira kepentingan generasi akan datang.\r\n\n\n\n\r   “Bila saya sebut tiga tahun lalu, saya tidak mahu ayat ini hanya dijadikan sebutan tanpa ditafsirkan dan dihayati sama ada dari segi dasar, program dan projek yang akan dilaksanakan oleh kerajaan.\r\r\n\n\n\n\n       “Kerajaan yang tidak mendengar rintihan rakyat, tidak mendengar denyut nadi rakyat, maka kerajaan seperti itu akan ditentang oleh rakyat melalui demonstrasi dan rusuhan secara besar-besaran,” katanya ketika pada majlis penyerahan surat tawaran Pangsapuri Rakyat Sungai Putat, dekat sini, semalam.\rPada majlis itu, beliau mengumumkan harga bagi satu unit rumah berkenaan adalah sebanyak RM35,000, berbanding harga sebenar RM148,000, sekali gus mendapat tepukan gemuruh kira-kira 5,000 hadirin.\rSementara itu, pembeli Pangsapuri Rakyat Sungai Putat, P Peramela, 37, dari Kesang Pajak, Jasin berkata, impiannya untuk memiliki kediaman sendiri kini sudah tercapai hasil keprihatinan kerajaan pimpinan Najib yang sentiasa memberi perhatian golongan berpendapatan rendah seperti beliau.\rSeorang lagi pembeli bertuah, Rahila Umar, 40, tidak menyangka akan ditawarkan kediaman di pangsapuri itu selepas membuat permohonan pada tahun lalu. \r\n\n\n\rSementara itu, ketika merasmikan Makan Malam Rakyat bersama kira-kira 10,000 penduduk di Padang Malim Jaya, Bachang dekat sini, malam tadi, Najib meminta rakyat supaya tidak bergantung harap dan kepercayaan kepada pihak yang lebih mengutamakan kepentingan diri daripada membela nasib rakyat.\rPerdana Menteri berkata, sebaliknya berkata rakyat perlu yakin kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sudah terbukti mampu membawa banyak manfaat kepada mereka dan menguruskan ekonomi dengan baik.\r“Bagi saya, tiada pihak yang lebih baik memimpin negara ini melainkan kerajaan BN. Pembangkang pula kita tengok sekadar janji setinggi langit hanya semata-mata ingin meraih sokongan rakyat. Kita juga tidak tipu rakyat dan buat apa yang dicakap.\r“Apa yang penting, kita (kerajaan) sudah beri hasil, bukti dan melakukan tindakan, tiada pihak yang lebih baik daripada kerajaan BN dan rakyat tidak perlu bergantung kepada pembangkang,” katanya.\rPerdana Menteri turut menjadikan Melaka sebagai contoh kepada rakyat di negeri lain bagi membuktikan kemajuan yang dicapai di bawah BN.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.041661 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list