|
PUTRAJAYA: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan, mati ketika tidur di rumah pengasuhnya di Pangsapuri Putra Harmoni, Presint 9, di sini, pagi semalam, dipercayai akibat tersedak susu.Bayi yang dikenali sebagai Aqil itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang selepas dibawa ke Hospital Putrajaya.\n\n\n\n Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, yang mengesahkan menerima aduan berhubung kes berkenaan berkata siasatan awal mendapati tidak ada unsur jenayah dalam kejadian itu.\n\n\n\n\n\n “Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. Difahamkan, laporan polis dibuat oleh ibu bayi terbabit, tetapi beliau dan suaminya enggan ditemubual.Sementara itu, pengasuh terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Norazah, 30-an, berkata beliau menyedari bayi yang juga anak sulung pasangan suami isteri itu menghadapi masalah ketika memeriksanya selepas sejam menidurkannya sekitar jam 11 pagi.“Sejam selepas menidurkannya, saya pergi melihatnya kerana Aqil biasanya bangun sendiri. Saya terkejut melihat dia tidak bergerak apabila dikejutkan,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Putrajaya, semalam. \n\n\nNorazah berkata, dalam keadaan panik beliau meminta bantuan jiran dan membawa bayi itu ke klinik di bawah pangsapuri.“Doktor di klinik memaklumkan jantung bayi sudah tidak berdenyut dan mengarahkan saya menghantarnya ke hospital segera tetapi doktor Hospital Putrajaya mengesahkan dia meninggal dunia,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|