CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 168|Reply: 0

Pemberi maklumat dakwa terima ugutan bunuh

[Copy link]
Post time 25-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
KLANG: Seorang pemberi maklumat yang pernah membongkar  penyelewengan anak syarikat kerajaan Selangor, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), November  lalu, mendakwa menerima ugutan bunuh, membabitkan kes sama.\rT Sivanesan 25, yang sebelum ini menjadi saksi pada sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) pada 2010, menerima ugutan itu jam 12.50 tengah hari, melalui panggilan daripada individu tanpa memperkenalkan diri.\r\n\n\n\n\r  Beliau yang ditemui selepas membuat laporan polis dan merakamkan keterangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, di sini, semalam, berkata pemanggil itu mengugut akan membunuhnya jika  mengganggu Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan terus terbabit dalam isu  KSSB.\r\r\n\n\n\n\n  “Saya tanya dia siapa dan dari mana, tapi dia tidak jawab. Hanya individu itu saja  bercakap selama  dua minit. Suara orang yang menghubungi saya itu saya kenal dan saya syaki  dia kakitangan KSSB,” katanya.\rSivanesan berkata, ketika menerima panggilan, beliau berada di Pusat Perubatan Sri Kota kerana melawat kenalan.\rDitanya adakah ia kali pertama beliau menerima ugutan termasuk ugutan bunuh, Sivanesan berkata, ini kali kedua beliau menerima ugutan sedemikian.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.081762 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list