|
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sukar memperkenalkan amalan terbaik sistem pilihan raya luar negara di negara ini, disebabkan terdapat pihak tertentu meragui pelaksanaannya.Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihak terbabit sering membuat tanggapan negatif dan mendakwa langkah baru yang akan diperkenalkan suatu penipuan bagi membantu kemenangan parti politik tertentu, khususnya Barisan Nasional (BN).\n\n\n\n Katanya, ia berbeza dengan senario di negara maju seperti United Kingdom, Denmark dan Jerman, apabila ahli politik serta rakyatnya memiliki tahap kepercayaan tinggi terhadap sistem pilihan raya negara masing-masing, menyebabkan proses pelaksanaannya lebih mudah.\n\n\n\n\n\n “Lazimnya, perkara baru sukar hendak diterima di sini... ada yang pandang curiga dengan pelbagai tanggapan dan menyifatkannya sebagai suatu penipuan. Itulah susahnya... kita boleh mengkaji amalan terbaik (di luar negara) tetapi tidak semudah itu hendak dibawa ke sini (untuk pelaksanaan).“Sebagai contoh, pernah berlaku kekecohan mengenai cadangan memperkenalkan undi proksi. Belum lagi sempat memberi penerangan, sudah ditolak terus kerana mendakwa ia bertujuan membantu BN memenangi pilihan raya, sedangkan undi proksi sudah dilaksanakan di United Kingdom dan berjalan dengan baik.“Undi proksi ini membolehkan pengundian dibuat melalui wakil kerana pengundi yang berdaftar tidak dapat hadir atas sebab tertentu. Ia umpama seseorang itu tidak dapat menghadiri mesyuarat dan menghantar wakilnya. Bagi melaksanakan undi proksi, sudah pasti ada syarat ditetapkan dengan mekanisme yang diteliti mendalam. Negara maju tidak menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya, tahap kepercayaan mereka amat tinggi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Akhbar kelmarin melaporkan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) mengadakan lawatan ke luar negara, termasuk London, Frankfurt, Berlin dan Copenhagen, dalam misi mengenal pasti amalan terbaik sistem pilihan raya yang sesuai dibawa balik ke Malaysia.\n\n\nAbdul Aziz berkata, sebarang contoh amalan terbaik proses pilihan raya dari luar negara, termasuk dari segi daftar pemilih, penamaan calon, berkempen dan pemasangan poster perlu mengikut kesesuaian pelaksanaan di Malaysia serta mendapat persetujuan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|