|
SEREMBAN: Seorang lelaki dan anak perempuannya yang baru selesai solat Isyak berjemaah terkejut apabila mengetahui dentuman kuat didengar mereka itu disebabkan sebuah kereta merempuh rumah mereka di Taman Tiroi, Labu, dekat sini, malam kelmarin.\rDalam kejadian jam 8.45 malam itu, Ahmad Yusof, 48, dan Khairul Baiyinah, 11, terselamat, manakala pemandu kereta berusia 40-an cedera dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).\r\n\n\n\n\rAhmad berkata, bunyi kuat itu menggegarkan rumahnya, menyebabkan anaknya menjerit ketakutan dan memeluknya.\r\r\n\n\n\n\n“Apabila keluar bilik, saya terkejut melihat ruang tamu sudah tiada dinding dan tiang. Sebuah kereta Toyota Camry putih berada dalam rumah dengan keadaan empat tayar ke atas,” katanya ketika, semalam. \rAhmad berkata, beberapa jiran yang berkejar ke rumahnya segera memberi pertolongan untuk mengeluarkan seorang pemandu lelaki yang tidak sedarkan diri. \rKatanya, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba tidak lama selepas dihubungi kemudian membawa mangsa ke HTJS. \r“Saya juga menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana bimbang keadaan kereta yang terbalik dan kesan perlanggaran itu mungkin menyebabkan kebocoran tangki minyak yang boleh menyebabkan kebakaran,” katanya. \rBeliau mendakwa beberapa penduduk berdekatan melihat kereta itu dipandu laju di Jalan Seremban-Labu dan terbabas lalu merempuh rumahnya.\r“Saya bersyukur kerana kami tidak berada di ruang tamu ketika kejadian itu. Bagaimanapun, sebahagian besar peralatan rumah, termasuk dua motosikal dan empat basikal rosak teruk,” katanya yang kali pertama berdepan musibah itu sejak 26 tahun tinggal di taman berkenaan. \r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|