|
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang membuka tender percetakan buku kurikulum keselamatan jalan raya sekolah menengah sebelum pembelajaran itu dapat dilaksanakan tahun ini.\rMenteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata penghasilan buku berkenaan mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti pakar serta konsultan dan akan menjadi sebahagian mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah terbabit.\r\n\n\n\n\r“Ini menunjukkan kerajaan komited mewujudkan kesedaran keselamatan jalan raya, malah ia sudah dilaksanakan di sekolah rendah sejak 2008.\r\r\n\n\n\n\n“Mereka dapat mengetahui bahaya jika tidak mematuhi keselamatan jalan raya sebelum memperoleh lesen memandu,” katanya selepas majlis pelancaran Toyota Traffic Tots 2012 di Pusat Komuniti Bukit Damansara di sini, semalam.\rHadir sama, Presiden UMW Toyota Motor, Ismet Suki; Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader Worldwide, Dr Ong Thiam Boon dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Sim Say Kiong.\rPada program itu, kanak-kanak prasekolah diberi pendedahan mengenai keselamatan jalan raya dan aktiviti itu diadakan untuk tiga tahun berikutnya.\rMengulas mengenai keberkesanan program berkenaan, Cho Ha berkata, indeks kemalangan maut sudah menampakkan perubahan antara 2010 hingga tahun lalu.\r\n\n\n“Walaupun ada pertambahan lima kematian, indeks menurun kerana dikira jumlah kenderaan yang ada,” katanya.\rCho Ha dalam ucapannya berkata, tahun lalu sebanyak 6,877 kematian akibat kemalangan dicatatkan daripada 1.3 juta kematian di seluruh dunia, berbanding 6,872 kematian pada 2010.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|