CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 131|Reply: 0

Anggerik selipar taman konservasi

[Copy link]
Post time 22-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
Spesies  sukar ditemui kini boleh ditanam\rLEDANG:  Anggerik selipar  yang selama ini hanya hidup subur di  puncak Gunung Ledang, kini menjadi tarikan terbaru, apabila buat pertama kalinya berjaya ditanam hidup dalam kawasan taman konservasi anggerik terletak di kaki gunung terbabit.\r\n\n\n\n\r Tumbuhan yang nama saintifiknya ‘Paphiopedilum Barbatum’ dan kini diancam kepupusan, berjaya ditanam dan hidup subur sekali gus, membolehkan orang ramai melihat kecantikannya dari dekat, berbanding sebelum ini hanya dapat melihat berdasarkan gambar kerana  sukar ditemui.\r\r\n\n\n\n\n Spesies yang dikategorikan sebagai tumbuhan kawalan itu, boleh dijual sehingga RM2,500 sebatang pokok kecil di pasaran gelap, menjadikan ia sasaran utama pencari orkid kerana ia hanya ditemui di  sekitar puncak Gunung Ledang.\rPenyelia Taman Konservasi Anggerik Gunung Ledang, Khairul Faizi Mohd Zain, berkata taman yang  dibuka sejak 2006 itu, setakat ini berhasil menempatkan 63 spesies anggerik yang didapati dari keseluruhan Taman Negara Gunung Ledang.\rSelain itu, katanya, anggerik selipar berkenaan spesies paling sukar ditemui, kerana kebiasaannya hanya hidup menumpang pada pokok besar di kawasan suhu agak sejuk dan pada masa sama semakin pupus.\r“Bagaimanapun di sini, kami berjaya menanam tumbuhan ini atas tanah, dan agak mengejutkan kerana ia mampu hidup walaupun kawasan ini agak panas.\r\n\n\n\r“Anggerik selipar yang ditanam di sini, asalnya diselamatkan dari sebatang pokok tumbang di kawasan puncak Gunung Ledang, kerana kami tidak boleh mengambil sebarang tumbuhan daripada habitat asalnya di sini kecuali jika ia terancam,” katanya.\rKatanya, tumbuhan itu bukan saja unik, tetapi didakwa mempunyai nilai perubatan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.\rKhairul Faizi berkata, taman   itu juga menempatkan orkid Bulbophyllum Elevatopunctatum yang ditemui pada 2007 di Gunung Ledang, dan kini ditanam untuk penyelidikan serta konservasi.\r“Kebanyakan anggerik liar susah ditanam di kawasan bukan habitat asalnya, dan hanya berbunga mengikut musim. Selain itu, kami turut berjaya menanam anggerik harimau iaitu spesies anggerik  besar yang biasanya menumpang hidup atas pokok,” katanya.\r“Semua anggerik itu diletakkan label untuk tujuan penyelidikan dan rekod serta akan terus ditempatkan di situ dengan penjagaan terbaik, ” katanya.\rINFO\rAnggerik Selipar  \rBoleh membesar hingga 360 mm tinggi. \rDitemui oleh Hugh Cumming pada 1840. \rHanya mengeluarkan satu atau dua bunga pada satu masa. \rKelopak berwarna hijau coklat di pangkal manakala bahagian bibir kelopaknya berwarna coklat gelap.\rAda kira-kira 100 spesies Anggerik Selipar. \rIa hidup subur di kawasan lembap, teduh di tanah tinggi antara 700 hingga 1,200 meter dari paras laut.\rBerbunga antara Februari hingga April dan mampu bertahan antara empat hingga lapan minggu.\rMendapat permintaan tinggi di kalangan peminat anggerik liar.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.033385 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list