CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

Dividen KWSP 2011 enam peratus

[Copy link]
Post time 20-2-2012 10:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam mengumumkan kadar dividen enam peratus untuk 8.3 juta pencarumnya bagi tahun kewangan berakhir 2011, iaitu tertinggi dalam tempoh 10 tahun.KWSP membayar dividen 5.8 peratus pada 2010 dan 5.65 peratus pada 2009.\n\n\n\n  Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata dividen lebih tinggi dibayar berikutan pencapaian lebih baik KWSP pada 2011 dengan memperoleh pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM27.24 bilion, meningkat 13.18 peratus daripada 2010.\n\n\n\n\n  Beliau berkata, bayaran keseluruhan dividen bagi 2011 adalah sebanyak RM24.27 bilion berbanding RM21.61 bilion pada 2010, iaitu peningkatan 13.23 peratus.Katanya, 2011 menandakan pencapaian baik bagi KWSP, walaupun dalam persekitaran pelaburan yang sangat mencabar.“Sementara pelaburan berpendapatan tetap memberikan pulangan yang stabil, prestasi keseluruhan KWSP, sebahagian besarnya disumbangkan oleh perolehan dalam kedua-dua ekuiti tersenarai awam  domestik dan global, serta program pengurusan yang aktif.“Ia adalah prestasi terbaik sejak 2001, hasil strategi pelaburan jangka panjang dan berhemah KWSP serta dengan usaha berterusan pasukan pelaburan KWSP,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.Berdasarkan laporan sebelum ini, dividen tertinggi yang pernah diumumkan oleh kumpulan itu ialah sebanyak 8.5 peratus yang dibayar kepada pencarum pada 1983 sehingga 1987.Bayaran dividen tahun lalu ada selepas ditolak elaun rugi terjejas bersih ke atas aset kewangan, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi, caj berkanun dan bayaran dividen pengeluaran.Setakat 31 Disember lalu, jumlah aset pelaburan KWSP mencatat pertumbuhan sihat sebanyak 6.52 peratus kepada RM469.22 bilion daripada RM440.52 bilion pada tahun sebelumnya.Pertumbuhan itu disumbang sebahagian besarnya oleh caruman tahunan bersih yang positif daripada ahli dan majikan serta prestasi pelaburan yang konsisten dan menggalakkan.Samsudin berkata, ekuiti adalah penyumbang pendapatan terbesar, iaitu RM13.29 bilion atau 48.81 peratus daripada keseluruhan pendapatan pelaburan, diikuti pinjaman dan bon, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan instrumen pasaran wang, masing-masing menyumbang RM7.54 bilion, RM5.63 bilion dan RM656.36 juta, manakala pelaburan dalam hartanah dan pelaburan lain menyumbang RM115.41 juta atau 0.43 peratus.Beliau berkata, oleh kerana pegangan KWSP banyak tertumpu dalam aset berpendapatan tetap, sebahagian besar pulangan dipengaruhi arah aliran kadar faedah.“KWSP juga secara beransur dan berhati-hati beralih kepada aset yang memberikan pulangan lebih tinggi dengan had risiko yang boleh diterima... strategi ini memberikan kesan yang baik, melebihi jangkaan KWSP kerana berjaya mengatasi kadar simpanan tetap dan faedah semasa,” katanya.Samsudin berkata, pencapaian utama pelaburan KWSP pada 2011 ialah pengambilalihan bersama (dengan Kumpulan UEM) Plus Expressway Berhad melalui syarikat pelaburan bersama PLUS Malaysia Sdn Bhd, selain meluaskan pelaburan global dalam hartanah, ekuiti dan sukuk.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.127472 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list