|
dimasa kita menilai sesuatu perkara itu baik/cantik, kita menutupi pandangan kita terhadap keburukan/kelemahan perkara itu dan begitulah sebaliknya... |
|
|
|
|
|
|
|
kita tak dapat mengubah takdir, tetapi mungkin kita boleh mengubah sikap |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cokchibor at 4-6-2012 15:37
untuk memaafkan seseorang, kita memerlukan keinginan dan semangat yang sangat kuat untuk dilakukannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
kegagalan adalah suatu pengajaran n ianya juga suatu langkah untuk sebuah kejayaan... |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki yang bijak akan sentiasa menyayangi wanita, sebaliknya lelaki lain hanya ingin memiliki wanita... |
|
|
|
|
|
|
|
berusahalah untuk menyembunyikan kelemahan@keburukan seseorang, sesungguhnya ianya amat sukar untuk dilakukan.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"If your actions inspire others to dream more, learn more, do more and become more, then you are a leader" ~ John Quincy Adams |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan...... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Artikel Motivasi: Mengapa Bersedih? Jom Meraih Bahagia!
❖ Cintailah Allah Kerana Itulah Cinta Hakiki ❖
بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم
In the name of Allah, the Most Gracious and the Most Merciful.
السلام عليكم
Masakan malam bisa diterangi
Andai bulan tegar untuk tidak menyinari
Masakan siang bisa menghulur cahaya
Pada kegelapan malam kerana jauhnya beza
Namun bukan kerana salahnya bulan
Tetapi silap malam kerana enggan membuka ruang
Bahagia. Sebuah kata yang diimpikan oleh semua. Fitrahnya manusia memang ingin meraih bahagia. Namun berapa ramai yang berdaya dan berjaya?
Kalau dibaca buku-buku yg menceritakan tentang bahagia, banyak sekali definisi yg berbeza-beza. Ada yang meletakkan pada harta, ada yang meletakkan pada nafsu dunia dan ada juga yg meletakkan definisi pada bahagia itu di akhirat sana.
Mencari bahagia di akhirat sana semestinya perlu diusahakan, tapi bagaimana pula untuk merasa bahagia di dunia yg bersifat sementara ini?
Untuk seseorang merasa bahagia di saat kesedihan datang menimpa-nimpa itu bagaikan ingin membina sebuah istana terapung tanpa tiang di langit tinggi. Sangatlah mustahil sama sekali.
Namun, pernahkah dirimu terfikir bahawa bahagia itu sebenarnya bisa diraih dan dicipta? Pernahkah dirimu terfikir bahawa dirimu mampu berasa tenang & senyum selebarnya walau dugaan tak henti berkunjung tiba?
Kesedihan dan kepedihan itu bagaikan malam kelam sebagaimana diceritakan dalam puisi itu tadi. Bulan itu pula bagaikan bahagia yg bisa menghapuskan kesedihan di hati.
Siang itu umpama kegembiraan orang-orang di sekeliling kita. Adalah benar kebahagiaan orang lain itu adakalanya boleh membuahkan rasa gembira, namun cukupkah ia untuk memberikan rasa bahagia pada hati kita?
Sebenarnya bahagia itu ada bagi setiap insan. Cuma kerana adakalanya kita terlalu memandang kesedihan sehingga terlupa untuk membuka ruang bagi kebahagiaan untuk memainkan peranannya.
Bukan salah kebahagiaan yg tidak ingin kunjung tiba, tetapi salah kita kerana membiarkan hati terperuk dalam kesedihan semata-mata.
Bayangkan hati kita umpama sebuah bilik yang gelap tanpa sebarang cahaya.
Apabila dirimu menjejakkan kaki ke dalam bilik gelap itu, apakah perkara yang akan dirimu lakukan untuk memastikan bilik itu tidak lagi gelap kelam sebegitu?
Adakah dengan mengeluarkan kegelapan dari bilik itu ataupun dirimu meneranginya dengan sebuah lilin?
Sudah pasti pilihan yg kedua kerana kegelapan itu tidaklah dapat dikeluarkan tanpa cahaya yg akan mengalahkannya.
Begitu jugalah kehidupan ini. Kesedihan itu tidaklah dapat kamu buang semudahnya melainkan andai kamu memasukkan elemen kegembiraan dan bahagia untuk menggantikannya.
Bagaimana?
Tahukah dirimu bahawa bahagia itu tidak akan datang menyinggah andai dirimu tidak membuka ruang untuknya? Mana mungkin untuk kebahagiaan memenuhi hatimu sedangkan ia sudah dipenuhi dgn kisah kesedihan sehinggakan tiada ruang untuk dia bertapak?
Tahukah dirimu bahawa andai dirimu terlalu fokus pada yang buruk, maka akan buruklah segala yang dilihat matamu. Namun andai dirimu fokus pada yang baik, maka akan baiklah segala yang dilihat pandanganmu.
Begitulah juga tentang kisah kehidupan insan. Kehidupan sememangnya tidak menjanjikan yang indah-indah belaka. Akan tetapi, halakanlah pandanganmu pada segala yang indah, agar hatimu turut merasa indah dan bahagia!
Pertama; Bersyukurlah dengan apa adanya kerana itu akan membuahkan rasa bahagia.
Hakikatnya, manusia sering merasa sedih kerana terlalu memandang pada apa yang telah hilang mahupun yang tidak dapat dicapai sehinggakan mereka terlupa pada apa yang telah ada.
Mereka terlupa bahawa hari ini mereka masih lagi bernafas, menghirup udara dan mampu untuk bergerak dgn bebasnya. Mereka terlupa bahawa mereka ada nikmat mempunyai ibu bapa, nikmat kesihatan dan nikmat kejayaan yg pernah ditempa.
Andai sedemikian, mengapa masih diingatkan secebis kisah keperitan sedangkan kisah bahagia yg lain itu ada dengan banyaknya? Jangan sampai segala nikmat dalam genggaman itu hilang dari pandangan mata, barulah terkenang dan mahukannya semula.
Dan ada juga yang terlupa, sesedih manapun mereka di dunia ini, mereka masih lagi mampu mengejar syurga. Syurga yang abadi, di mana mereka akan senantiasa bahagia di sana.
Kedua; Terima sahajalah apa yang diberi Ilahi dengan rasa kecukupan.
Ini bukanlah bererti dirimu pasrah dengan keadaan. Namun ini bererti dirimu redha dengan apa diberi Ilahi setelah bersusah payah berusaha untuk mendapatkan apa yg diingini.
Jangan dibiarkan hatimu itu terlalu membentak. Mengapa ingin menolak perancangan Tuhan sedangkan ia lebih baik dari perancanganmu yang penuh dengan kekurangan?
Ujian dan dugaan itu bertujuan untuk mendidik hati. Maka, didiklah hatimu untuk menerima apa adanya yang diberi Ilahi. Pandanglah orang yg kurang darimu agar dirimu bersyukur dan merasa puas dgn segala nikmat yg sedia ada.
Andai merasa dirimu benar-benar sudah mencurahkan segala daya upaya, maka bertawakkallah dan serahkanlah sahaja kepadaNya.
Menyerahkan urusan pada Allah itu setelah berusaha dan tiada lagi berdaya bukanlah bermakna putus asa, namun itu adalah tawakkal. Percayalah, Allah tidak akan menyia-nyiakan urusan itu malah Allah akan memberikan yang terbaik padamu.
"... Kemudian, apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sungguh, Allah mencintai orang yang bertawakal," (Ali-Imran: 159)
Ketiga; Ingatlah Allah selalu.
Penuhi aktiviti harianmu dengan zikir. Walau nampak mudah, namun impaknya sungguh besar di hati dan di jiwa.
Ingatlah Allah sewaktu senang agar Allah juga mengingatimu waktu susah. Jangan sekadar mengingati Allah sewaktu susah kerana hakikatnya manusia senantiasa memerlukan Allah, tidak kira waktu senang mahupun susah.
Orang yang selalu mengingati Allah akan merasa tenang walau dilanda apa jenis dugaan sekalipun. Kerana apa? Kerana dia yakin bahawa Allah ada bersamanya, dan dia yakin bahawa itu adalah perancangan Allah buatnya.
Telah banyak kisah yang menceritakan bahawa seseorang itu diselamatkan dari mala petaka dan kejahatan manusia. Bila ditanya tentang apa rahsianya, ramai yg memberi jawapan bahawa amalan mereka adalah zikir di waktu pagi dan petang, siang dan malam.
Zikir juga mencuci hatimu dari segala lopak-lopak hitam yang mencemarkan kesuciannya. Lopak-lopak hitam itulah sebenarnya salah satu punca ketidakbahagiaan juga.
Orang yang melakukan dosa akan mencemarkan hatinya dengan lopak-lopak hitam. Dan masakan bisa orang yang senantiasa melakukan dosa merasa bahagia?
Maka, cucilah segala yang hitam itu dengan bertaubat dan zikir kepadaNya. Letakkanlah Allah di hatimu, bukan dunia ini semata-mata.
Keempat; Yakini perancangan yg telah ditetapkan Allah.
Hidup ini sebenarnya tiada yg kebetulan. Semua itu adalah perancangan Allah buat insan. Setiap peristiwa itu sebenarnya satu aturan yg indah buat manusia, cuma adakalanya manusia tidak menyedari dan tidak menghargai itu semua. Malah, mengatakan itu semua kebetulan semata-mata.
Adakalanya sesuatu perkara itu nampak tewas di mata manusia, namun sebenarnya ia sebuah kejayaan di sisi Ilahi.
Adakalanya sesuatu perkara itu nampak menyedihkan pada persepsi insan lain, sedangkan empunya rasa merasakan bahagia dan ketenangan yang tidak terhingga.
Jadi, janganlah dirimu menilai sesuatu perkara itu hanya sekadar dari paras dunia semata-mata. Mungkin Allah sebenarnya ingin memberi ganjaran lebih kepadamu, malah mungkin bonus berganda-ganda.
Maka, apa yang perlu dilakukan hanyalah sabar, kerana akhirnya akan tiba juga bahagia itu sama ada di dunia yg fana ini ataupun di akhirat sana.
Kelima; Jangan sesekali diabaikan aspek bahagia di akhirat kelak.
Tinggalkanlah segala apa yang dilarang Ilahi dan lakukanlah apa yang disuruhNya. Hiasi diri dengan memperbanyakkan sunnah agar dapat menampung kekurangan diri.
Orang yg selalu berbuat baik dan meninggalkan kemungkaran itu akan selalu merasa tenang dan bahagia manakala orang yang berterus-terusan dengan kejahatan akan selalu merasa payah dan ketidaktenangan.
Kebahagiaan di akhirat kelak itulah kebahagiaan yang hakiki kerana kehidupan di sana tidak berpenghujung dan kekal abadi. Maka, jangan dikejar bahagia dunia semata-mata, kejarlah bahagia yg lebih mutlak yakni bahagia di akhirat sana!
Ingatlah, harta benda dan pangkat itu tidak menjamin kebahagiaan kita di dunia ini. Malah, adakalanya ia menyebabkan masalah datang bertimpa-timpa. Itu bukanlah definisi kebahagiaan abadi.
Ingatlah jua, andai kehidupan di dunia ini terlalu menyedihkan hatimu, dirimu masih lagi mempunyai peluang untuk berbahagia di syurga sana. Maka senyumlah selebarnya dan mulalah meraih bahagia!
♥ Nasihat Buat Diri ♥
1. Nafsu insan; apabila dipaksa untuk menerima apa adanya, ia pun akan merasa puas.
2. Bersyukur dengan apa yg diberi Ilahi, maka Allah akan menambah nikmatNya kepadamu.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka pasti azabKu sangat berat (Ibrahim: 7)
3. Cintailah Allah dengan sepenuh jiwa dan ragamu kerana Allah tidak akan menyia-nyiakan cintamu walau sedikitpun!
♥ Sharing Is Caring! ♥
|
|
|
|
|
|
|
|
Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain,janganlah hidup seperti duri dan menyakiti orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
bersatu kita teguh, bercerai kawen lain |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|