|
Suspek ditahan orang awam, rakan sempat lari\rGOMBAK: Seorang wanita bukan hanya diragut, malah turut dibelasah hingga retak kaki kanannya ketika bergelut dengan dua penjenayah yang cuba meragut rantai leher dan beg tangannya di Taman Sri Batu Caves, di sini kelmarin.\r\n\n\n\n\rDifahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari ketika mangsa, Noraishah Minhat, 48, berjalan kaki bersendirian untuk pulang ke rumahnya sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal dari arah bertentangan yang tiba-tiba merentap beg tangan dan rantai lehernya menyebabkan wanita terbabit tersungkur.\r\r\n\n\n\n\nMangsa kemudian cuba bangun dan bergelut untuk mendapatkan kembali rantai lehernya tetapi disepak oleh kedua-dua suspek sebelum melarikan diri.\rKetua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika mengesahkan kejadian, berkata salah seorang suspek kemudiannya berjaya ditahan orang awam tidak jauh dari tempat kejadian sejurus mendengar jeritan mangsa, manakala rakannya berjaya melarikan diri.\r“Hasil siasatan mendapati suspek berusia 26 tahun itu baru saja keluar dari Penjara Simpang Renggam, Johor, mempunyai tiga rekod jenayah lampau. \r“Polis berjaya mendapatkan kembali rantai emas dan merampas sebuah motosikal digunakan suspek. Identiti seorang lagi suspek sudah dikenal pasti dan gerakan memburunya sedang dijalankan,” katanya.\r\n\n\n\rBeliau berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan oleh orang awam sejurus kejadian dan hasil pemeriksaan mendapati kaki kanannya retak.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|