|
Program babit 68 sekolah di Kulaijaya\rKULAIJAYA: Selepas murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kulai menikmati sarapan yang sedap dan murah, kira-kira 56,286 pelajar dan murid daerah ini bakal menjamah makanan yang sama melalui program Menu RM1, Kantin 1Malaysia yang diperkenalkan baru-baru ini.\r\n\n\n\n\r Menu RM1 yang menjual pelbagai makanan dan minuman dengan harga RM1, akan dilaksanakan di 68 sekolah membabitkan 34,396 murid sekolah rendah dan 21,891 pelajar sekolah menengah selepas mendapat permintaan daripada ibu bapa dan penjaga.\r\r\n\n\n\n\n Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya, Fauzan Sukimi, berkata sejak ia diperkenalkan pihaknya menerima banyak pertanyaan dan permintaan pelbagai pihak yang mahu konsep itu diperluaskan kepada semua sekolah rendah dan menengah di daerah ini.\r“Kami menerima permintaan daripada pentadbiran beberapa buah sekolah sekitar daerah ini yang mahu konsep berkenaan diperluaskan di kantin mereka.\r“Kita menghargai sambutan yang diberikan kerana menjadi hasrat saya untuk melihat semua sekolah daerah ini mencontohi langkah SK Kulai kerana sekurang-kurangnya dapat membantu meringan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah.\r“Namun ia bergantung kepada persetujuan pihak sekolah dan kesanggupan pengusaha kantin melaksanakannya,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.\r\n\n\n\rFauzan berkata, usaha memperluaskan program terbabit akan dibuat dalam tempoh terdekat secara berperingkat-peringkat bagi memastikan matlamat asal konsep itu tercapai.\r“PPD Kulaijaya sudah memberi penerangan berhubung konsep ini kepada Guru Besar dan Pengetua sekitar daerah ini dan kebanyakan menyatakan persetujuan melaksanakan usaha ini di sekolah masing-masing sejak hari pertama ia dilancarkan lagi.\r“Namun, saya mengakui ada segelintir pengusaha kantin sekolah keberatan untuk melaksanakannya dengan alasan terpaksa menampung kos yang masih lagi tinggi, \" katanya.\rMurid Tahun Enam SK Kulai, Muhamad Faiz Md Nizam dan M Hemashini, 12, berkata mereka menyambut baik Menu RM1 kerana harganya murah dan berkhasiat.\rIbu kepada murid, Zarina Selamat, 45, berkata Menu RM1 dapat membantu meringankan beban ibu bapa terutama sejak akhir ini harga barangan semakin meningkat.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|