|
Mahkamah tetap 9, 30 Mac, tarikh kes saman fitnah Shahrizat\rKUALA LUMPUR: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli, diperintah memfailkan pembelaan pada 9 Mac depan dalam kes saman fitnah dikemukakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kerana didakwa mengaitkan beliau dengan projek Pusat Fidlot Nasional (PFN). \r\n\n\n\n\r Hakim Mahkamah Tinggi, Vazeer Alam Mydin Meera turut menetapkan 30 Mac depan, bagi pengurusan kes saman fitnah berkenaan ketika kes itu disebut semalam. Turut hadir, peguam Shahrizat, K Sivapakiam dan Ranjit Singh mewakili Rafizi serta peguam Zuraida, Razlan Hadri.\r\r\n\n\n\n\n Dalam writ saman dan pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 19 Januari lalu, Shahrizat berkata, pada atau lebih kurang November 2009, Mohd Rafizi dan Zuraida (yang juga Ahli Parlimen Ampang), mengadakan satu siri kenyataan akhbar di beberapa lokasi, termasuk di lobi Parlimen mengecam National Feedlot Cooperation Sdn Bhd (NFCorp), suami dan keluarganya.\rShahrizat berkata, suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail selaku Pengerusi Eksekutif NFCorp dan tiga anaknya, Wan Shahinur Izmir, Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah adalah pemegang saham dan pengarah Agro-Science Industry Sdn Bhd iaitu syarikat induk yang memiliki hampir semua saham terbitan NFCorp dengan satu saham keutamaan dipegang Kerajaan Malaysia. \rBeliau berkata, kedua-dua defendan dengan niat jahat politik secara serentak melancarkan kempen mencemarkan nama baik dan mensabitkannya dalam setiap isu berkaitan NFCorp, walaupun beliautidak memegang jawatan atau memiliki ekuiti dalam NFCorp, Agro-Science Industry Sdn Bhd atau syarikat bersekutunya.\rSehubungan itu, Shahrizat menuntut daripada kedua-dua defendan, ganti rugi am dan teruk serta teladan masing-masing sebanyak RM50 juta.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|