View: 170|Reply: 1
|
Skim 1Care for 1Malaysia abai rakyat miskin
[Copy link]
|
|
SAH SAH DAKYAH POLITIK
kata mereka;
menerusi 1care, apa juga kemudahan kesihatan/perubatan yang rakyat dapat sekarang akan kekal malah bertambah kelebihannya.
apa yang bertambah?
kata mereka:
Kalau sekarang mereka yang kurang bernasib baik yang perlu mencari berpuluh ribu untuk merawat kaum keluarga, minta derma, jual tanah, jual rumah….tapi dengan 1care perkara ini tak akan timbul kerana semua akan dilindungi ….. insuran/kerajaan akan bayar…
kalau dulu org macam kami yang tak mampu nak ke klinik swsata, terpaksa bersesak kat klikik kerjaan, dengan 1care boleh pilih klinik swasta .... tanpa bayaran pasal dah ada insuran .
kena bayar insuran?
kata mereka:
insuran yang mungkin dikenakan hanyalah untuk mereka yang mampu ( kalau sekarang yang gaji rm3000 ke atas la)...
yang tak mampu tu kerajaan akan tanggung 100%
so, yang gaji RM3001 ke atas kena bayar....berapa ya? Saya dengar 10%...banyaktuuuuu
kata mereka:
Belum ada keputusan tentang itu kerana semuanya masih tengah bincang . dan semuanya bergantung kepada kelulusan kerajaan….kalau kerajaan kata takperlu insuran, maka 1care akan dilaksanakan tanpa insuran….YANG PENTING 1CARE PERLU DILAKSANAKAN
10% mana datangnya?
kata mereka:
10% bukan jumlah potongan tetapi cuma satu angka yang diperolehi dari data jumlah keperluan kesihatan/perubatan yang selama ini rakyat Malaysia keluarkan dan yang kerajaan sumbangkan dalam setahun. Jumlah itu adalah 10% daripada `household income' (akupun tak brapa paham)....tu ja....kata mereka ada pihak yang sengaja cuba jadikan ini sebagai satu angka caruman coz SEBUT PASAL KENA BAYAR SAJA DAH TENTU KITA AKAN MELENTING...
Lagipun kata mereka….bagi yang kena bayar insuran tu akan cover anak2 dan tanggungan gak….tanpa sebarang tambahan kos….tak macam insuran swasta kan????
Pastu, insuran yang dicadangkan tu tak bergantung pada umur kita, jenis penyakit yang kita ada sekarang, risiko pekerjaan kita…..insuran swasta sangat berkira kalau bab2 ni….tul tak?
Kata mereka lagi:
1care Cuma satu kertas cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan untuk transformasi system kesihatan……KERAJAAN BELUM LAGI KATA SETUJU KA TIDAK!
Macamana pula dengan bilangan lawatan ke klinik yang dihadkan?
Kata mereka:
Tidak pernah ada dalam cadangan tentang 6 kali lawatan setahun yang diwar-warkan oleh pihak yang berkepentingan ini.
Jumlah 6 kali yang dinyatakan itu adalah PURATA lawatan ke klinik dan hospital setahun bagi rakyat Malaysia. Purata itu dijadikan laandasan pengiraan untuk mendapatkan jumlah …..(aku tak faham)… Bukan had lawatan…kita boleh p tengok doktor tu hari-haripun tak pa!!!!! Insuran akan cover !hehe
Jelas, sekali lagi rakyat cuba dibelitkan dengan fakta yang tidak benar….
JADI,
Aku rasa la kan, sebagai rakyat Malaysia, kita perlu banyak membaca, berfikir, bertanya dan pertimbangkan bagi diri kita sendiri…
JANGAN JADI ALAT INDIVIDU/PIHAK BERKEPENTINGAN (aku rasa ada kaitan dengan PRU13 ni…)
Apa yang cuba dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan adalah baik untuk rakyat Malaysia…
Bagi pendapat aku la…
Pihak yang membantah dan memesongkan fakta ni MUNGKIN:
- mereka yang akan tergugat kemewahan bila 1care dilaksanakan
- pihak berkepentingan politik |
|
|
|
|
|
|
| |
|