|
BUKIT MERTAJAM: Seorang wanita melahirkan anak dalam bilik air wad kanak-kanak Hospital Bukit Mertajam (HBM) di sini, tanpa meminta bantuan kakitangan hospital sehingga menyebabkan bayi perempuannya meninggal dunia, semalam.\rMayat bayi yang masih bertali pusat ditemui dalam kolah tidak berair kira-kira jam 12.30 tengah hari oleh seorang tukang cuci ketika membersihkan darah dalam bilik air berkenaan.\r\n\n\n\n\r Ibu bayi itu yang berusia 20-an menghilangkan diri ketika mayat ditemui. Polis masih menyiasat kejadian berkenaan serta punca wanita itu tidak memin-\rta bantuan jururawat, sedangkan dia sudah berada di hospital.\r\n\n\n\n\n\rPemangku Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Superintendan Baharudin Mustapha, berkata seorang doktor bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu.\r“Mayat bayi itu dalam keadaan sempurna dan tali pusatnya belum dipotong,\" katanya ketika dihubungi di sini, semalam.\rBaharudin berkata, siasatan awal mendapati jururawat mendakwa melihat seorang wanita dalam keadaan pucat keluar dari tandas berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi.\r“Jururawat berkenaan tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah tukang cuci menemui mayat bayi perempuan itu lima jam kemudian,\" katanya.\rMayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.\r
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|