|
KUALA LUMPUR: Kebanyakan pelajar dan rakyat Malaysia di Syria sudah pulang secara berperingkat sejak September tahun lalu berikutan protes antipemerintah yang meletus dan berlarutan di beberapa bandar sejak hampir setahun lalu.\rDaripada kira-kira 700 pelajar yang belajar di negara itu yang semuanya bertumpu di ibu negara Syria, Damsyik, hanya 100 yang masih berada di negara itu.\r\n\n\n\n\r Ketika dihubungi semalam, Duta Malaysia ke Syria, Mat Dris Yaacob berkata pihaknya menasihatkan pelajar supaya pulang dulu dan mereka yang mahu ke negara itu menangguhkan perjalanan buat sementara waktu. \r\r\n\n\n\n\n “Setakat hari ini, keadaan masih terkawal dan keluarga di Malaysia tidak perlu bimbang, kekecohan hanya berlaku di beberapa bandar di luar Damsyik dan tiada rakyat kita yang berada di luar ibu negara.\r“Sejak September lalu, kerajaan membawa pulang pelajar dan rakyat Malaysia secara berperingkat. Bagaimanapun, ada juga pelajar yang dihantar pulang kembali semula ke Syria untuk meneruskan pengajian,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.\rPergolakan berlaku di Syria sejak 11 bulan lalu berikutan protes menentang pemerintahan Presiden Bashar al-Assad. \rMinggu ini, Ketua Pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Navi Pillay memberitahu Perhimpunan Agung PBB lebih 5,400 orang terbunuh tahun lalu disebabkan kekerasan pemerintah menangani bantahan dan jumlah yang mati serta cedera terus meningkat.\r\n\n\n\rMat Dris berkata, semua pelajar yang belajar di Syria bukannya tajaan kerajaan dan melanjutkan pengajian secara persendirian. Kebanyakan mereka belajar agama secara talaqi di masjid kota Damsyik. \r“Pihak kedutaan sentiasa menghubungi kumpulan pelajar itu dan setiap Khamis, kami akan menemui pelajar di kawasan perumahan mereka di Rumah PPMS di Mujtahid untuk memberi taklimat mengenai keadaan semasa dan mendapatkan maklum balas mereka.\r“Buat masa ini, bekalan makanan turut mudah diperoleh cuma bekalan air dan elektrik sudah mula dicatu setiap hari. Pada masa ini, berikutan musim sejuk sudah berakhir, bahan bakar diesel tidak lagi diperlukan untuk pemanas.\r“Ini menjimatkan belanja pelajar walaupun kos harga barang harian meningkat berikutan keadaan negara tidak stabil,” katanya. \rSelain itu, Mat Dris berkata, pihaknya turut mengemas kini maklumat dalam laman web untuk panduan rakyat Malaysia di Syria dan menghantar pesanan ringkas bagi memberi maklumat terkini.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|