|
KOTA KINABALU: Sabah dijangka menerima 31 Projek Permulaan (EPP) dengan unjuran pelaburan mencecah RM77.5 bilion menjelang 2020, sekali gus menjana peningkatan RM35.5 bilion terhadap Pendapatan Negara Kasar (GNI) selain menyediakan sekurang-kurangnya 150,000 peluang pekerjaan, kata Datuk Seri Najib Razak.Perdana Menteri berkata, kajian Makmal Koridor dan Bandar Utama Bagi Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Greater Kota Kinabalu mendapati ia bakal memberi impak positif, sekali gus melonjakkan pertumbuhan ekonomi Sabah kepada purata 9 peratus setahun dan berupaya meningkatkan taraf ekonomi rakyat Sabah.\n\n\n\n “Kerajaan komited menzahirkan matlamat ditetapkan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam usaha memantapkan kedudukan negara sebagai antara ekonomi utama Asia,” katanya berucap melancarkan Hari Terbuka SDC – Program Koridor dan Bandar Utama di Magellan Sutera Harbour Resort di sini, semalam.\n\n\n\n\n\n Di SIPITANG, Najib berkata, janji pembangkang menaikkan royalti minyak kepada 20 peratus untuk Sabah mustahil dilaksana kerana peningkatan royalti kepada satu negeri dengan sendirinya menjejaskan peruntukan lain.Menyifatkannya gimik pilihan raya, Najib berkata, royalti minyak tidak boleh diagih berasingan, sebaliknya perlu dilihat dalam konteks menyeluruh dengan mengambil kira pendapatan negara dan peratusan diagih kepada Sabah serta negeri lain bagi program pembangunan.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|