CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 123|Reply: 0

Pelajar hilang sebulan ditemui keletihan di stesen LRT

[Copy link]
Post time 16-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR:  Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu selepas mengikut rakannya, ditemui   keletihan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sungai Besi dipercayai di kurung di sebuah flat kosong di ibu negara.\rNorish Aunie Niesa Mohd Nizam yang dilaporkan hilang ketika keluar pada 29 Disember lalu untuk meraikan sambutan tahun baru, ditemui ibunya Nor Salinda Salleh, 33, pada Rabu minggu lalu sebaik menerima panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan anaknya berada di lokasi terbabit.\r\n\n\n\n\r Difahamkan Norish Aunie  dikurung di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Tun Razak tanpa  makan minum, kecuali  diberi makan ketika dibawa keluar bersiar-siar.\r\r\n\n\n\n\n Mangsa juga terpaksa minum air paip untuk mengalas perut, selain  diberi sekeping roti canai   pada hari tertentu.\rAnak sulung  dua beradik itu juga ada meminta rakan  menghantarnya pulang, namun tidak dibenarkan dengan alasan dia sudah memaklumkan kepada ibu mangsa tempat tinggalnya.\rNor Salinda berkata, pelbagai usaha dilakukan sepanjang  kehilangan Norish Aunie sehingga mendapat panggilan daripada seorang wanita yang memaklumkan lokasi anaknya   dan diminta datang  segera.\r“Hanya Allah  yang tahu betapa gembiranya hati saya. \r\n\n\n\r“Sebaik tiba di lokasi terbabit, saya melihat Norish Aunie  dalam keadaan letih dan tidak bermaya,” katanya ketika dihubungi, semalam. \rMengulas lanjut, Nor Salinda berkata, anaknya  memaklumkan, wanita yang menghubungi saya itu adalah jiran di flat tempat dia dikurung yang  membantunya membebaskan diri.\r“Mengikut cerita Norish Aunie, lebih sebulan kehilangannya itu, beliau berada di flat terbabit bersama rakannya berusia 17 tahun tanpa mengetahui pemilik sebenar rumah itu. \r“Malah, anak saya juga tidak dibenarkan keluar dan hanya sekali sekala diberi makan.\r“Sebaik rakannya menghilangkan diri, Norish Aunie meminta bantuan jiran itu  membawanya keluar  sebelum dibawa ke LRT Sungai Besi. \r“Memandangkan telefon bimbitnya    dirampas Norish Aunie  meminta wanita itu menghubungi saya,” katanya. \rAkhbar sebelum ini melaporkan,  pelajar perempuan Tingkatan Satu  hilang dipercayai dilarikan rakan perempuan yang baru dikenalinya di sebuah siber kafe di Jalan Ipoh, di sini.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.038033 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list