CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 116|Reply: 0

Kastam perkenal kaedah beratur sekat seludup dadah di KLIA

[Copy link]
Post time 16-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperkenalkan kaedah laluan beratur bagi menyekat kegiatan penyeludupan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) secepat mungkin.\rPenolong Ketua Pengarahnya, Datuk Zainul Abidin Taib, berkata kaedah itu adalah satu strategi pihaknya menjalankan penguatkuasaan untuk mengesan penyeludup dadah yang masuk ke negara ini.\r\n\n\n\n\r    “Kini hanya dalam masa 10 saat, mereka kena keluar daripada kawalan, dengan laluan beratur pegawai kastam mempunyai tempoh sehingga setengah jam. \r\r\n\n\n\n\n    “Ia lebih daripada mencukupi untuk kita memerhati dan mengkaji penumpang dan pelancong yang masuk ke negara ini,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Kerja Kumpulan Pematuhan dan Penguatkuasaan Kastam (CECWG) Asean ke-11, di sini, semalam.\rBeliau berkata, kaedah itu dapat dilaksanakan secepat mungkin kerana ia dipraktikkan di beberapa negara seperti Amerika Syarikat dan Australia.\r“Setakat ini, kerajaan beri lampu hijau untuk pihak kastam guna kaedah berkenaan di KLIA dan kita akan aplikasikannya secepat mungkin bagi mengekang dan menyekat pengedaran dadah di Malaysia,” katanya.\rSementara itu, Zainul berkata pada mesyuarat tiga hari CECWG itu, ia membincangkan peranan kastam dalam menangani ancaman baru seperti keganasan, pemalsuan, jenayah perdagangan dan jenayah terancang di ASEAN.\r\n\n\n\rKatanya, perbincangan itu bagi menjamin langkah kawalan yang mencukupi dapat dilaksanakan bagi memudahkan perdagangan, pelaburan dan melindungi kepentingan perniagaan yang sah di ASEAN. – BERNAMA

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.047121 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list