CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 208|Reply: 1

Pulau Pinang terima RM22.5b

[Copy link]
Post time 10-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
BUKIT MERTAJAM: Kerajaan Pusat membelanjakan RM22.5 bilion untuk pelbagai projek dan program bagi kesejahteraan rakyat di Pulau Pinang sejak negeri ini ditadbir  pakatan pembangkang.\rPenasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman, berkata pelaksanaan dan komitmen untuk melaksanakan projek itu membuktikan keprihatinan Kerajaan Pusat terhadap rakyat tanpa mengira fahaman politik.\r\n\n\n\n\r   “Empat tahun Pulau Pinang  di bawah  pembangkang tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melaksanakan projek  di negeri ini walaupun ada desakan badan bukan kerajaan supaya ditangguhkan.\r\r\n\n\n\n\n    “Dalam tempoh itu, Kerajaan Pusat  memberi komitmen untuk projek bernilai RM22.5 bilion di Pulau Pinang dan ini  jumlah yang besar,” katanya   selepas melancarkan projek perumahan Seri Akasia di Mengkuang Titi di sini, semalam.\rProjek perumahan di kawasan seluas 20.8 hektar itu dibangunkan oleh JKP Sdn Bhd (JKPSB), anak syarikat Kementerian Kewangan Diperbadankan. Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif JKPSB, Datuk Adzmi Arifin dan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.\rZainal Abidin yang juga Pengerusi JKPSB turut menyenaraikan sebahagian projek yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat dalam tempoh berkenaan bagi membolehkan orang ramai membuat penilaian.\rAntaranya, pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang membabitkan kos RM4.5 bilion, Projek Landasan Elektrik Berkembar dari Ipoh ke Padang Besar bagi laluan di Pulau Pinang (RM2.7 bilion), pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (RM300 juta).\r\n\n\n\rProjek kemudahan asas bagi kesejahteraan rakyat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) (RM4 bilion), pelaksanaan peringkat pertama projek dalam RMKe-10 (RM1 bilion), perbelanjaan 86 jabatan Persekutuan (RM8 bilion).\rProjek khas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri seperti pembinaan masjid, rumah  ibadat dan dewan orang ramai (RM250 juta) dan perbelanjaan bagi projek  pembesaran Empangan Mengkuang (RM1.2 bilion).\rKatanya, walaupun ada  berpandangan Kerajaan Pusat  meminggirkan rakyat Pulau Pinang kerana negeri ini ditadbir pakatan pembangkang tetapi Barisan Nasional (BN) tidak berbuat demikian.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2012 09:30 AM | Show all posts
jd tahun ni aku nk pangkah sapa eh........... hurm...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 1.345618 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list