|
SHAH ALAM: Peningkatan jumlah pengunjung menarik minat kompleks beli-belah SACC Mall untuk menjadi lokasi pertama jelajah promosi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-25 pada 25 dan 26 Februari depan. \rMalah, lokasi itu dijangka menerima kehadiran pengunjung paling ramai berbanding tahun lalu memandangkan ia satu-satunya lokasi jelajah di kawasan Lembah Klang. \r\n\n\n\n\r Bagi mengelak kesesakan pengunjung, persediaan rapi diatur pengurusan kompleks bagi mempertingkatkan kawalan keselamatan dengan menambah pengawal keselamatan dan anggota sukarelawan RELA. \r\r\n\n\n\n\n Pengurus SACC Mall, Mohd Faizal Dolah, berkata selepas kali pertama menjadi lokasi jelajah tahun lalu, sebahagian besar penyewa dalam kompleks itu berpuas hati dengan sambutan orang ramai. \r“Penyewa gembira dengan acara besar sebegini kerana dapat meningkatkan jualan mereka, malah kedai makan dan minuman sentiasa dipenuhi pengunjung sepanjang acara ABPBH diadakan. \r“Kami bangga dipilih lagi sebagai lokasi penganjuran siri jelajah ABPBH2011 menjadi satu-satunya lokasi di Lembah Klang,” katanya, di sini, semalam. \rMohd Faizal menyampaikan replika cek tajaan SACC Mall kepada Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk ABPBH2011 yang juga Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar. Hadir sama, Pengurus Residen De Palma Hotel Shah Alam, Hanidah Shahril. \r\n\n\n\rBertepatan dengan sambutan 25 tahun ABPBH, pengurusan kompleks beli-belah itu juga akan membuat pelbagai kejutan dan gimik bagi memeriahkan lagi acara pelancaran itu nanti. \rSelain itu, satu daripada penyewa dalam SACC Mall, Palma Cafe turut terbabit dalam acara itu dalam menaja makanan dan ruang rehat kepada artis terbabit dalam program jelajah promosi ABPBH2011 nanti. \r“Kami sudah bersedia menerima kehadiran pengunjung yang ramai memandangkan ia turut diserikan dengan acara pelancaran, malah pembabitan ini juga dapat mempromosikan SACC Mall kepada orang luar,” katanya.
[Source] [Go Back to Citizen Journalist] [Pump!]
|
|