CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 239|Reply: 0

Sindiket upah wanita tempatan

[Copy link]
Post time 9-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Sindiket pengedaran dadah antarabangsa kini dikesan menggunakan khidmat wanita tempatan untuk merekrut keldai dadah terutama mereka yang dihimpit masalah keluarga, termasuk ibu tunggal dengan menjanjikan upah lumayan.Modus operandi itu berbeza berbanding sebelum ini yang mana kebanyakan sindiket didalangi lelaki warga Afrika merekrut sendiri wanita tempatan, termasuk menjalin hubungan cinta sebelum menjadikan mereka keldai dadah.\n\n\n\nSiasatan polis mendapati ibu tunggal dan wanita yang mempunyai masalah kewangan khususnya mereka yang berusia 35 hingga 40 tahun menjadi sasaran sindiket kerana sanggup melakukan apa saja untuk wang, berbanding sebelum ini kebanyakan mangsa remaja dan pelajar universiti.\n\n\n\n\nTaktik itu terbongkar selepas Bukit Aman menumpaskan dua sindiket dadah antarabangsa yang didalangi enam individu, termasuk dua wanita yang bertanggungjawab merekrut keldai dadah tempatan dalam dua serbuan berasingan di Taman Orkid, Cheras dan Taman Austin, Johor Bharu, minggu lalu.Dalam serbuan pada Sabtu dan Ahad minggu lalu, polis turut merampas 16 piston kereta yang mengandungi 2.8 kilogram dadah jenis syabu dan 1,000 biji pil Eramin 5.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Mohd Noor Rashid Ibrahim, berkata dalam serbuan pertama di Taman Orkid, dua lelaki warga Afrika dari Nigeria dan Guinea ditahan bersama seorang wanita tempatan.Dalam serbuan itu, polis merampas 2.8 kilogram dadah jenis syabu yang disembunyikan dalam batang silinder piston dipercayai dibawa masuk dari Thailand menggunakan jalan darat. \n\n\nMohd Noor Rashid berkata, bertindak atas maklumat polis Singapura, pihaknya membuat satu lagi serbuan di Taman Austin, Johor Bharu, Sabtu minggu lalu dan menahan seorang lelaki warga Singapura yang dikehendaki polis republik itu.“Turut ditahan bersama lelaki itu, dua wanita warga Filipina dan tempatan. Dalam serbuan itu, polis merampas 1,000 biji pil Eramin 5,” katanya.Beliau berkata, hasil soal siasat beberapa wanita tempatan yang ditahan tahun ini, mereka mengaku ditugaskan merekrut wanita Malaysia untuk dijadikan keldai dadah.“Polis percaya setiap wanita tempatan yang ditahan itu sudah merekrut lebih lima wanita, malah sudah melakukan tugasan menghantar keluar bekalan dadah dan masuk semula ke negara ini tanpa dikesan pihak berkuasa.“Kita sudah mengenal pasti beberapa individu yang menjadi keldai dadah dan akan mengambil keterangan mereka dalam tempoh terdekat,” katanya. Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, 49 keldai dadah kebanyakannya wanita ditahan di luar negara, terutama di China dan Indonesia.Malah, siasatan polis mendapati kebanyakan keldai dadah mengetahui kandungan barang dibawa mereka.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.755988 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list