CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

Sanyo pindah kilang ke Kedah

[Copy link]
Post time 8-2-2012 09:05 AM | Show all posts |Read mode
SANYO Electric Co Ltd akan menutup kilang wafer solarnya di California bagi memulakan operasi pengeluaran panel solar di Malaysia susulan jangkaan permintaan  kukuh perkakasan berkenaan di rantau ini.\rKilang milik anak syarikat Panasonic Corp, yang terletak di Taman Teknologi Kulim, Kedah akan mengeluarkan wafer 300 megawatts (MW), sel solar dan modul apabila   memulakan operasinya pada Disember tahun ini, menurut laporan Bloomberg, semalam.\r\n\n\n\n\r  Agensi berita itu berkata, Sanyo bagaimanapun akan mengekalkan operasi kilang 70MW di Salem, Oregon, yang juga mengeluarkan wafer dan jongkong silikon.  \r\r\n\n\n\n\n  Panasonic Corp, berkata kilangnya di California akan ditutup, Oktober ini kerana peralatannya yang sudah lama dan syarikat berasakan adalah sukar untuk ia mengembangkan perniagaan kerana keluasan kawasan yang terhad. \r“Persaingan harga juga menjadi semakin sukar,” menurut jurucakap Panasonic, Masatsugu Uemura, yang dipetik oleh Bloomberg.  \rSelain itu, harga bagi panel solar dan bahan mentah menyusut tahun lalu kerana pengeluar China meningkatkan pengeluaran yang membawa kepada kapasiti berlebihan selepas kerajaan Eropah mengambil langkah mengurangkan subsidi.\rPenutupan kilang di Carson yang sudah beroperasi selama sembilan tahun itu, yang mengeluarkan sebanyak jongkong silikon 30 MW dan wafer bagi sel solar setahun,   memberi kesan kepada 140  pekerjanya.    \r\n\n\n\rPemberhentian pekerjaan itu bersamaan dengan 40 peratus daripada tenaga kerja Sanyo di Amerika Syarikat, kata laporan itu.\rSanyo adalah antara syarikat elektronik   terbesar dan juga ahli kepada Fortune 500, yang berpangkalan di Moriguchi, Wilayah Osaka di Jepun. Syarikat itu menyasarkan pasaran pertengahan dan mempunyai lebih 230 syarikat serta syarikat sekutu. \rPada 21 Disember 2009, Panasonic   menyelesaikan pembelian 50.2 peratus saham bernilai 400 bilion yen (RM13.5 bilion) dalam Sanyo, yang menjadikannya antara anak syarikat Panasonic.\rPada Julai 2010, Panasonic mengumumkan syarikat akan membeli baki saham dalam Sanyo. \rPanasonic Corp sebelum ini dilaporkan merancang melabur sekitar RM2 bilion bagi membina kilang pengeluaran panel solar di negara ini.\rJika menjadi kenyataan, kilang yang disasarkan meningkatkan kapasiti pengeluaran sel solar syarikat itu sebanyak 1.5 kali ganda, akan menjadi kilang pengeluaran bahan itu yang pertamanya di luar Jepun.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.038552 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list