CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

Bayaran pampasan ikut pasaran

[Copy link]
Post time 7-2-2012 08:05 AM | Show all posts |Read mode
Penduduk terbabit projek hab pertroleum kena tunggu keputusan nilai tanah\rJOHOR BAHRU: Penduduk tujuh kampung di Pengerang yang terbabit dalam projek hab petroleum dan gas bernilai lebih RM65 bilion, dinasihatkan bersabar dan menunggu keputusan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan berhubung isu pampasan tanah.\r\n\n\n\n\rIa berikutan laporan mengenai kebanjiran ejen hartanah ke kawasan terbabit selain timbul dakwaan kononnya nilai pampasan yang akan dibayar kepada penduduk lebih rendah daripada nilai semasa pasaran.\r\r\n\n\n\n\nPensyarah Fakulti Geo Informasi dan Harta Tanah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Hishamuddin Mohd Ali, berkata ketika ini tidak timbul sama ada nilai pampasan tinggi atau rendah kerana penilaian membabitkan semua aspek termasuk potensi tanah yang diambil.\r“Biasanya, kerajaan membayar pampasan tanah yang diambil pada nilai semasa mengikut pasaran di negara ini berdasarkan panduan dan peraturan dalam Akta Kanun Negara yang turut menyebut apa-apa tanah yang akan diambil kerajaan perlu dibayar mengikut kadar dan nilai harga semasa.\r“Sehubungan itu, penduduk di kawasan terbabit tidak perlu bimbang dengan dakwaan kerajaan membayar pampasan rendah, sebaliknya mereka bersabar dan menunggu keputusan kajian yang dijangka selesai dalam tempoh terdekat,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.\rKira-kira 1,000 rumah, 927 keluarga dan 3,122 penduduk Kampung Sungai Kapal, Sungai Buntu, Teluk Empang, Kampung Jawa, Kampung Sebong, Langkah Baik  dan Batu Mas terbabit dalam projek berkenaan.\r\n\n\n\rIa membabitkan Projek Terminal Petroleum Laut Dalam oleh Dialog E & C Sdn Bhd dengan pelaburan RM5 bilion dan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) Petronas membabitkan pelaburan RM60 bilion dengan lebih 40,000 peluang pekerjaan ditawarkan.\rHishamuddin berkata, kerajaan juga perlu mengambil sedikit masa untuk menilai faktor lain termasuk potensi masa depan tanah yang dibangunkan.\r“Kerajaan akan membuat kajian terperinci. Mungkin nilai tanah ini berbeza. \rSebagai contoh, jika tanah pertanian, mungkin nilai pampasan berbeza daripada tanah terbiar, begitu juga nilai rumah dan premis lain seperti kedai atau kilang.\r“Faktor potensi ini sesuatu yang subjektif kerana nilai antara satu tanah dengan tanah yang lain mungkin berbeza walaupun ia terletak di kawasan yang sama atau berhampiran. Banyak yang perlu dilakukan dalam kerja penilaian termasuk bukti lain seperti kadar keuntungan  sudah diperoleh daripada tanah yang dibangunkan,”katanya.\rHishamuddin turut menasihatkan penduduk di kawasan itu supaya tidak terpengaruh dengan sebarang andaian dan dakwaan daripada sesetengah pihak kerana mereka perlu tahu hak mereka dilindungi undang-undang bagi mengelak berlaku sebarang penganiayaan.

[Source]                [Go Back to Citizen Journalist]                [Pump!]




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:35 PM GMT+8 , Processed in 0.216764 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list